Kordinator Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan
mengharapkan insiden yang berlaku membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad
dalam program Nothing to Hide 2.0 (N2H 2.0) tidak berulang lagi.
Beliau berkata, sewajarnya, banyak perkara Armda Bersatu perlu
ketahui dari segi keselamatan untuk beradapan dengan pelbagai
kemungkinan bagi mengelakkan insiden berulang.
"Kita tidak harus menuding jari mencari kesalahan serta kelemahan
mana-mana pihak tetapi insiden pada petang tadi perlu dikaji secara
mendalam oleh Armada PPBM.
"Kami pernah menganjurkan 'roadshow' serta program-program jelajah
tun dr mahathir mohamad serta tokoh-tokoh pemimpin politik di seluruh
pelusuk tanahair di bawah anjuran Deklarasi Rakyat pada suatu masa
dahulu.
"Ianya nampak satu tugasan yang macam mudah tetapi pada realitinya
amat sukar khususnya untuk menjaminkan faktor keselamatan yang mantap.
"Namun, pada waktu itu kami bersyukur kerana insiden-insiden seperti
ini tidak pernah berlaku ketika jelajah Deklarasi Rakyat disebabkan
jawatankuasa penganjuran senantiasa mengambil-kira unsur keselamatan
sebagai satu keutamaan yang tidak boleh dikompromi langsung," ujarnya
dalam kenyataan.
Semalam semalam dua suspek berjaya ditahan dan di bawa ke Ibupejabat
Polis Shah Alam bagi membantu siasatan ke atas insiden berlaku.
Beliau mengulas kejadian berlaku dalam progrm N2H 2.0dipercayai
kasut, botol air mineral, suar dan kerusi telah dibalingkan ke arah
pentas sejurus Dr Mahathir menjawab soalan salah seorang hadirin
berkaitan peristiwa Memali.
Menurut Khairuddin lagi, tidak mudah untuk menganjurkan sesuatu program besar yang dihadiri oleh tokoh-tokoh pemimpin negara.
"Banyak perkara yang anak muda perlu pelajari khususnya dari aspek
keselamatan untuk menghadapi pelbagai kemungkinan insiden boleh berlaku
ketika berhadapan dengan jemputan berskala besar.
"Insiden yang berunsur biadap, kurang ajar serta bacul sepertimana yang berlaku itu harus dikutuk sekeras-kerasnya.
"Nak tunjuk hebat dan berani ialah melalui debat secara professional
kerana majlis tersebut berunsur perdebatan bersemuka," ujarnya yang
merujuk ketidakhadiri Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak
mahupun wakilnya untuk hadir dalam program diadakan itu.
Kataya lagi, seluruh rakyat dapat melihat bagaimana pemimpin Umno
tidak berani untuk berhadapan denga dengan Pengerusi Parti Pribumi
Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di pentas terbuka itu.
"Keseluruhan rakyat dapat melihat secara jelas bagaimana puak bacul
yang tak berani untuk berhadapan dengan Tun DrMahathir Mohamad hanya
mampu membaling kasut dan disusuli dengan suar, kerusi, botol.
"Kita bersyukur kerana Allah swt telah melindungi semua yang hadir tanpa sebarang bentuk kecederaan!!
"Apapun, perbuatan tidak bertamaddun ini telah memenangkan tokoh
negarawan terulung negara iaitu Tun Dr Mahathir mohamad yang sanggup
menghadapi pelbagai cabaran serta rintangan demi perjuangan untuk
menegakkan kebenaran.
"Inilah keistimewaan tun dr mahathir mohamad yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun pada usia 92 tahun," ujarnya.
Insiden N2H 2.0: Khairuddin nasihat Armada agar tidak berulang
Written By Wadah Baru on Isnin, 14 Ogos 2017 | 11:36 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan