Home » , » Kalau nak melutut duduk dalam Pas sajalah, tegas Salahuddin

Kalau nak melutut duduk dalam Pas sajalah, tegas Salahuddin

Written By Wadah Baru on Isnin, 19 September 2016 | 3:46 PTG

Oleh Arif Atan

Parti Amanah Negara (Amanah) tidak akan ditubuhkan jika mahu melutut pada Pas, tegas Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub.

"Kalau nak melutut duduk dalam Pas sajalah. Jangan cakap apa-apa. Jangan buat apa-apa. Duduk diam sahaja.

"Kalau isu melutut saya dan kawan-kawan tak akan tubuhkan Amanah," ujarnya mengulas dakwaan Presiden Pas, Hadi Awang kononnya Amanah akan melutut mengiktiraf kekuatan Pas.

Mengulas lanjut, Salahuddin menyifatkan Amanah telah berjaya dibuktikan bukan parti serpihan seperti Hamim dan Berjasa.

"Amanah hari ini dapat sambutan yang baik daripada masyarakat.

"Bagi saya ucapan itu lahir daripada cemburu melihat kejayaan Amanah dalam tempoh yang singkat.
"Harapan untuk lihat Amanah ini parti kecil yang umurnya tak panjang dan akan mati macam (parti) Hamim dan Berjasa itu tidak kesampaian," tambahnya lagi.

Hadi juga dilapor Mingguan Malaysia hari ini menganggap Amanah hanya 'cakap kosong yang tidak berpijak di bumi nyata' berhubung kemasukan ribuan ahli Pas Kelantan untuk menyertai Amanah.

Dalam perkembangan berkaitan, kepimpinan Amanah menyatakan menerima lebih 1,500 keahlian baru daripada penyokong Pas di Kelantan pada Majlis Perisytiharan Keluar Pas dan Masuk Amanah di Salor, Sabtu lalu.

Program Amanah itu pula kebetulan berlangsung serentak dengan Program Munajat Perdana 'Rakyat Kelantan Menyokong Rang Undang-Undang Akta 355' di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger