Home » , » AMANAH: Perjuangan Laksana Sebuah Binaan Baharu

AMANAH: Perjuangan Laksana Sebuah Binaan Baharu

Written By Wadah Baru on Ahad, 4 September 2016 | 8:37 PG

Oleh Mohd Sayuti Omar
Kemunculan Parti Amanah Negara (Amanah) dalam arus politik hari ini laksana sebuah pembangunan binaan yang baharu. Apa lagi dalam konteks Kelantan yang dikenali negeri lubuk dua parti terulung Umno dan parti agama (Pas).
Amanah adalah parti bongsu yang dilahirkan atas kesedaran dan tuntutan keinsafan oleh mereka yang prihatin dan peka kepada perlunya sebuah parti bagi membela rakyat Kelantan yang kesekian lama terbiar dan dianaktiri. Hakikatnya kewujudan Amanah bukan untuk berlawan dengan Pas tetapi membantu menyelamatkan maruah rakyat yang disangkutkan kepada parti itu tetapi kini kian menghancur!
Kewujudan Amanah tidak dapat dielak apabila parti Pas yang menjadi harapan dan diimpikan oleh rakyat sebagai alternatif kepada Umno telah terpesong jauh dari hala tujau sebenarnya. Kehilangan Nik Abdul Aziz Nik Mat turut membawa perubahan kepada parti itu dan juga iltizam kerajaanya. Ketiadaan Nik Aziz menjadikan para juragannya hilang akal dan tergamak melakukan sesuatu di luar tabii Pas.
Kelemahan kepimpinan yang ada hari ini juga menjadi salah satu faktor menyebabkan parti itu bukan lagi sebuah parti progresif sebaliknya mengundur ke belakang. Kelemahan itu menyebabkan rakyat kecewa dan sedih. Paling mengilankan lagi Pas seakan sudah selari dan senada seirama dengan Umno, di mana dalam keadaan tertentu menyebabkan tidak ada beza lagi warna Pas dengan warna Umno. Oraang Umno melihat hijau sebagai merah, orang Pas melihat merah putih sebagai hijau kebiru-biruan. Ini semua adalah hasil pendekatan atau formula politik yang dianjurkan oleh mereka yang tidak ada wibawa dan kekuatan diri.
Atas latar belakang dan masalah itulah maka Amanah wujud menjadi pengganti atau harapan baharu rakyat Kelantan yang waras dalam berpolitik. Mereka yang berdekad kecewa dengan tindak tanduk Umno dan pemimpinnya, sudah mulai muak dan jeluak dengan tindak tanduk dan sikap kepimpinan Pas. Usaha dan ikhtiar akhir dilakukan bekas pimpinannya sezaman dengan Nik Aziz, Husam Musa juga gagal dan tidak dihormati. Segala pendekatan dan kecanggihan idea Husam yang disanjung ketika Nik Aziz bernyawa, dilupa dan dibuangkan begitu sahaja. Inilah yang saya kata sokongan sesetengah orang kepada Nik Aziz adalah munafik.
Sebagai parti baharu sudah tentu Amanah bukan mudah untuk berkembang dan didokongi rakyat. Ia laksana binaan baharu tadi, ia bermula dari pembinaan tapak sebagai asasnya atau fundationya. 
Apa-apa yang gade dan hebat itu semuanya bermula dari binaan asas yang kecil. Lukisan besar yang megah di kanvas itu pun asalnya bermula dengan satu titik, satu warna sahaja.
Pun begitu Amanah bernasib baik kerana asas atau orang yang menjadi tonggaknya adalah mereka yang telah teruji dengan mehnaj perjuangan dan mempunyai track rekod cemerlang pula dalam pentadbirannya.
Cikgu Wan Abdul Rahim, Hashim Hji Omar dan lain-lain veteran yang bersama Amanah adalah pejuang ulit dalam Pas yang sangat masak dengan selok belok politik dan arif untuk menggerakkan sokongan akar umbi. Ia berkombinasi pula dengan anak-anak muda yang menjadikan Husam Musa sebagai idola mereka. Nama atau kehebatan Husam tidak perlu disebut lagi, begitu juga akan kebolehannya, kekreatifannya membina pembangunan ekonomi sisiopolitik di Kelantan ketika menjadi assoib - pembantu Nik Abdul Aziz, menerusi jawatan Exco kanan kerajaan bukan sahaja tersebut di Kelantan tetapi terhimbau ke peringkat nasional. Inilah tuah dan keuntungan Amanah.
Namun seperti dikatakan tadi, sebagai binaan baharu yang bukan mudah untuk Amanah terbina dan utuh. Ia memerlukan komitmen yang tinggi dan kepercayaan rakyat kepada mereka. Hari ini pada peringkat pembinaan tapak ia tidak kelihatan oleh mata yang jahil kerana kedudukannya mendatar dengan bumi, tetapi tunggulah sedetik dua lagi. Pembinaan itu bagaikan rumah bertingkat akan siap sedtingkat demi setingkat yang akhirnya puncak menujulang awan.
Dan sesiapa yang berangan-angan untuk melihat Amanah terus setanding dengan Umno dan Pas dalam sekelip mata akan kecewa dan berputus asa. Apa jua bernama pejuangan dan binaan baharu memerlukan daya tahan, kesungguhan dan doa yang panjang.
Demikian juga dengan mereka yang mengejek dan meremeh temehkan kewujudan Amanah ia satu kesilapan besar, terutamanya kepada Pas. Pas jangan melihat Amanah atau gelombang yang terbentuk dari pemecatan Husam itu sebagai riak kecil dalam cawan sahaja. Pas perlu membaca riak kecil itu bakal menembalikkan cawan dan menumpahkan semua air di dalamnya. Kesilapan pemimpin Pas membaca perjalanan arus ini memungkin mereka akan hanyut dan kelemasan di hujung tanjung.
Tegasnya tidak mustahil Amanah akan menjadi parti disenangi oleh rakyat. Apa yang perlu Amanah lakukan mempamerkan kelainan dalam bersiasah, mengutarakan pembelaan kepada rakyat serta memadamkan politik arragont, sombong dan bangga riak mendabik dada kononnya akulah yang perfect. Amanah harus bertindak melestarian kehendak dan perasaan orang muda khasnya rakyat Kelantan seluruhnya.
Berdasarkan kepada sejarah dan fakta bermulanya sesebuah parti politik, termasuk Pas sendiri ia mengambil masa panjang untuk estibelish, nah begitu juga dengan Amanah. Namun dengan pendekatan yang baharu, stail politik kentemporari, anak muda sebagai penggerak dan enjin utamanya, masa untuk Amanah menjulang subur ke atas tidaklah selama tempo diambil oleh Pas. Yakinlah.
Makanya kalau Amanah meletakkan sasaran dan harapan untuk membentuk kerajaan di Kelantan ia bukan ilusi kosong atau mimpi di siang hari, tetapi pasti ada fakta-fakta yang nyata dan jelas. Dan bagi sesetengah pendokong dan taksub kepada parti agama jangan terlalu kuat metertawakan ilusi berkenaan kerana bimbang akan tersendak dan kembung perut sehingga dapat membawa maut pula. Wassalam Mso.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger