Barisan Nasional tidak sekuat yang dilihat kerana ia boleh kehilangan
45 kerusi dengan mudah pada pilihan raya umum akan datang, kata Tan Sri
Muhyiddin Yassin.
Bekas timbalan perdana menteri itu mendakwa, apa yang diperlukan
ialah sebilangan kecil pengundi beralih angin kepada pembangkang.
“Kajian saya menunjukkan BN mempunyai 67 kerusi goyah.
“Satu kajian dijalankan pakar yang saya lantik mendedahkan anjakan 4%
peratus undi akan menyaksikan 45 kerusi BN jatuh ke tangan
pembangkang,” katanya dalam jerayawara anti-1MDB anjuran PKR yang
dihadiri kira-kira 500 orang, malam tadi.
Sehubungan itu, presiden sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) itu menyeru semua parti pembangkang supaya bersatu bagi
memastikan pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya umum akan
datang.
Dalam siri jelajah memfokuskan 1MDB yang dilabelkan “1Malaysia Dalam
Bahaya” itu, Muhyiddin turut menjawab persoalan beberapa pihak berhubung
kesahihan dakwaannya yang Datuk Seri Najib Razak mempunyai hampir RM1
bilion dalam akaun peribadinya sebelum menerima RM2.6 bilion.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mahu
bukti mengenai dakwaan Muhyiddin itu yang dikatakan diberikan bekas
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
“Tidak perlu tanya dari mana saya dapat maklumat itu. Saya beritahu
anda ia datang daripada bekas peguam negara. Jika mahu tahu lebih
banyak, pergi tanya beliau,” kata ahli Parlimen Pagoh itu.
Ini adalah pusingan pertama siri jelajah seluruh negara yang
bertujuan meningkatkan kesedaran penduduk di pinggir dan luar bandar
mengenai skandal 1MDB serta kesannya kepada kehidupan rakyat.
Ia turut dihadiri ketua pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri
Mohamed Azmin Ali.
Bn bakal hilang 45 kerusi pada pilihanraya umum nanti
Written By Wadah Baru on Ahad, 4 September 2016 | 8:45 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan