Oleh Dr. Dzulkefly Ahmad
Pencerahan tentang kontroversi PM mengekalkan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan..
Tahniah K'jaan PM Najib Razak kerana berani 'mencabar dan melanggar' Perlembagaan Persekutuan!
Saya tidak perlu berhujjah lagi..sekadar menurunkan pandangan pakar..
1. Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad..."PELANJUTAN hakim
tertinggi dalam jawatan mereka menguatkan lagi 'persepsi wujudnya
campur tangan politik' bagi menjadikan 'badan kehakiman pro kerajaan dan
memburukkan imej baik institusi penting'.....
Hakim itu akan
'dilihat berkompromi dengan terus menyandang jawatan itu' walaupun
"sudah tiba masanya untuk bersara", seterusnya "mencemarkan imej baik
institusi kehakiman"....
Menambah lagi tentang isu yang
dibangkitkan sesetengah pihak tentang Artikel 122 (1A) Perlembagaan
Persekutuan yang bolih melebihi had umur bagi hakim tambahan.....namun..
..Beliau tegaskan...Article 122 (1A) menyediakan cara pelantikan hakim
tambahan untuk mahkamah persekutuan dan ia bukan "jalan belakang"
(backdoor) untuk melantik ketua hakim negara..!
2. Majlis Peguam
dalam mesyuarat EGM mereka menolak sebulat suara pelantikan yang dibuat
PM Najib dan akan mencabar akan mengemukakan satu 'legal challenge'
dalam masa terdekat...detail dibutirkan kemudian.
3. PEMIMPIN
Pembangkang (PH dan lain) telah menyerahkan petisyen kepada Yang
di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mencabar keputusan Perdana Menteri
Najib Razak untuk mengekalkan jawatan Ketua Hakim Negara Md Raus Sharif
dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Makinudin.
"Jika isu itu
tidak ditangani segera, ia akan mencetuskan krisis kehakiman kerana
nanti, semua prosiding mahkamah dan keputusan akan terbatal !"
3.
Komentar saya..Najib, Jangan lama-lama sangat nak perbodohkan
rakyat...Kami tahu kenapa anda perlukan sebuah sistem judisiari yang
'compliant and beholden' kepada anda seperti yang dimaksudkan Tun Hamid
tadi..yang kesemua ada dalam proses perundangan yang semakin hampir...
yakni dalam skandal 1-MDB. Jho Low & MO1!
AlLahu Rahmati Rakyat dan Negara ini. Amin!
Lanjutkan Jawatan Ketua Hakim , Najib Langgar Perlembagaan Malaysia
Written By Wadah Baru on Isnin, 7 Ogos 2017 | 4:07 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan