Insiden provokasi yang berlaku dalam program Nothing To Hide 2.0 (N2H
2.0) anjuran Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam,
telah membuka ruang penghakisan amalan demokrasi dalam negara, kata
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional Faiz Fadzil.
Beliau berpendapat program berbentuk ilmiah dan fakta ini telah
disalahguna oleh pihak tertentu dan berkemungkinan akan membuka ruang
kepada penggunaan akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekiranya insiden
sedemikian berulang dalam sebarang program yang dianjurkan Pakatan
Harapan.
"Pemuda Amanah berpandangaan amalan demokrasi semakin terhakis. Ini
kerana program yang sepatutnya dibincangkan secara ilmiah dan berfakta
itu yang memerlukan jawaban balasnya dengan fakta tetapi terkait dengan
emosi dan provokasi dikalangan hadirin.
"Kemungkinan insiden berbentuk provokasi dan ganas ini akan berulang
dan akhirnya boleh membawa kepada penggunaan Akta Majlis Keselamata
Negara (MKN) oleh kerajaan yang kita telah katakan, sebagai senjata
terakhir Najib (Datuk Seri Mohd Najib Razak) mempertahankan kuasanya.
"Semua ahli,penyokong dan pemimpin Pakatan Harapan diharapkan dapat bergerak dalam konteks demokrasi secara bijak.
"Tidak sehingga boleh membuka ruang kepada penggunaan MKN atau
darurat dan sebagainya sehingga gagalkan usaha kita untuk bentuk
kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya pada PRU-14 kelak, sekiranya
insiden sama gagal dibendung dalam program-program anjuran Pakatan
Harapan," ujarnya
Beliau yang turut hadir bersama pimpinan pemuda AMANAH sebagai
jemputan dalam program itu berkata, sepatutnya program diadakan yang
bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk bersoal jawab bersama
tokoh pemimpin, sebaliknya tidak digunakan sebaik mungkin kepada
sebilangan kecil hadirin.
"Program ini untuk beri peluang kepada rakyat bertanya apa saja
soalan atau kemusykilan yang berlaku dalam politik membabitkan Dr
Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad).
"Sebaliknya ada pihak yang telah melakukan provokasi yang akhirnya penganjur terpaksa membatalkan program tersebut.
"Kami datang untuk mendengar sendiri soalan yang diajukan rakyat
supaya semua isu dan kekusutan selama ini dapat dihuraikan tetapi
peluang ini tidak digunakan oleh segelintir pihak kerana membuat
provokasi,"ujarnya.
Faiz yang juga seorang peguam berkata, pihak polis harus bertindak tegas terhadap pelaku dan dapat menyiasat secara adil.
"Kita harap pihak polis dapat bertindak tegas terhadap pelaku. Ini
melibatkan unsur jenayah dan provokasi. Bahkan perlu bertindak tegas
terhadap sesiapa sahaja dan tidak memihak kepada mana-mana parti
politik," ujarnya.
Program ini ujarnya lagi, membentuk wacana ilmiah dan sewajarnya
polis perlu bertindak atas proses keluhuran undang-undang dan perlu
lebih bersiap sedia dalam program politik seperti ini di lain masa.
Dalam kejadian berlaku semalam dua suspek berjaya ditahan dan di
bawa ke Ibupejabat Polis Shah Alam bagi membantu siasatan ke atas
insiden berlaku.
Ketika kejadian dipercayai kasut, botol air mineral, suar dan kerusi
telah dibalingkan ke arah pentas sejurus Dr Mahathir menjawab soalan
salah seorang hadirin berkaitan peristiwa Memali.
Ada dikalangan hadirin yang seakan tidak berpuashati dengan jawaban
Dr Mahathir itu, telah bertindak liar dimulakan membaling kerusi ke arah
hadirin kemudian diikuti membaling botol air mineral, kasut ke arah
pentas dan dua suar telah dinyalakan dibaling ke arah hadirin apabila
keadaan tidak terkawal lagi sehingga pihak penganjur Armada Bersatu
terpaksa membatalkan program tersebut.
Insiden N2H 2.0: Amalan demokrasi semakin terhakis, buka ruang MKN digunakan
Written By Wadah Baru on Isnin, 14 Ogos 2017 | 11:30 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan