Tanpa berlengah dan menunggu lama, Tun Mahathir Mohamad dengan pantas menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung kekayaan keluarganya.
Menerusi chedetofficial yang merupakan laman twitter rasminya, Tun Mahathir menyatakan, "Sudah berkali kali saya menjemput pihak berkuasa untuk lakukan siasatan yang adil ke atas saya. Kita perlu berani kerana benar."
Respon Tun Mahathir ini
ialah berikutan desakan pelbagai pihak dalam UMNO yang mahu harta
kekayaan keluarganya disiasat susulan tindakannya mendedahkan bahawa
Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi pernah melaporkan memiliki
kekayaan sejumlah RM230 juta ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO pada 1996
dahulu.
Kesediaan Pengerusi Pakatan Harapan itu untuk disiasat secara adil jelas menunjukkan sikap tanggungjawab, ketelusan dan tiada rasa takut dalam dirinya bahawa semua kekayaan keluarganya tidak dimiliki secara tidak sah.
Seperti yang semua sedia maklum, Tun Mahathir dan isterinya bukan saja tidak bermewah dan tidak membazir, jauh sekali diketahui ada memiliki berbilion-bilion ringgit dalam akaun peribadinya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
Anak-anaknya pula diketahui menjalankan perniagaan yang sah dan mereka bukanlah seperti "anak tiri orang itu" yang tidak pernah diketahui ada perniagaan dan ada syarikat, nah...tiba-tiba saja mampu membeli dua tiga kondo mewah di Amerika dan London yang bernilai ratusan juta ringgit harganya.
Juga anak-anak Tun Mahathir tidaklah seperti kebanyakan anak-anak pemimpin UMNO yang lain yang suka menayang kemewahan serta kekayaan, meskipun tidak jelas apa pekerjaan dan perniagaan yang mereka jalankan.
Dengan kesediaan Tun Mahathir ini, tiada sebab lagi untuk para pemimpin UMNO sama-sama berani harta kekayaan mereka disiasat dan didedahkan kepada umum.
Yang penting, seperti disebut oleh Tun Mahathir, siasatan itu mestilah dijalankan dengan adil dan kita perlu berani kerana benar.
Jika siasatan dilakukan secara tidak adil dan semata-mata kerana Tun Mahathir kini bersama dengan Pakatan Harapan dan sedang berada di landasan yang betul untuk menyingkirkan Najib, tindakan itu hanya menampakkan sifat "busuk hati" terhadap bekas Perdana Menteri itu dan jauh tersasar dari hasrat untuk mencari kebenaran.
Kiranya benar untuk mencari kebenaran, selain kekayaan keluarga Tun Mahathir yang perlu disiasat dan didedahkan, kekayaan anak-anak dan keluarga semua bekas Perdana Menteri sebelum ini bermula daripada Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj juga perlulah disiasat sama.
Adakah anak-anak Tun Mahathir saja yang kaya raya, manakala anak-anak bekas Perdana Menteri yang lain miskin-miskin belaka?
>> Komentar bebas Shahbudin Husin l 7 Ogos 2017

0 ulasan:
Catat Ulasan