Home » , » Amanah adalah parti baru dan banyak usaha yang mesti di lakukan

Amanah adalah parti baru dan banyak usaha yang mesti di lakukan

Written By Wadah Baru on Khamis, 19 Mei 2016 | 11:46 PG

Oleh Mazlan Aliman

Malam tadi, AMANAH Negeri Johor mengadakan mesyuarat bulanan. Sedikit kebimbangan, baru selesai PRN Sarawak dan diadakan pada hari bekerja. Mungkin tak ramai.

Alhamdulillah, kehadiran AJK Amanah Negeri dan wakil Wanita Amanah Negeri serta Pemuda Amanah Negeri seramai 48 orang. Hanya beberapa orang AJK sahaja yang tidak hadir, itupun atas sebab yang tidak dapat di elakkan. Kehadiran yang cukup ramai!

26 kawasan Amanah telah di tubuhkan. 95 cawangan telah di daftarkan di bawah ROS. Berpuluh cawangan baru telah di taja. Mesyuarat Agung penubuhan Pemuda dan Wanita Amanah di peringkat kawasan(ketika ini penajaan) dijangka bermula pada bulan Jun dan Julai ini.

Adalah amat menggembirakan, dalam tempoh 8 bulan, Amanah Johor sedang berkembang seolah2 berusia 50 tahun!

Di bawah kepimpinan YB Tuan Hj Aminolhuda Hassan selaku Pengerusi Amanah Johor dan gandingan mantap seperti Hj Dzulkefly Ahmad, Dr Sulaiman Mohd Nor, Suhaizan Kaiat, Mahadzir Mat Zilli, Puan Norhayati Bachok, Onn Jaafar, Ust Zulhelmi Mohd Rohani, Faizul Salleh dan ramai lagi tokoh2 berwibawa; Amanah Johor di anggap antara yang terbaik dalam lingkungan Amanah Negeri2.

Sdr Salahudin Ayub, Timbalan Presiden Amanah dan Ust Hassanudin Yunos, Naib Presiden Amanah yang merupakan tokoh nasional dari Johor sering hadir memberi motivasi dan rangsangan. 21 mei mereka hadir dalam Taklimat Khas membabitkan 300 pimpinan tertinggi kawasan bagi menghadapi PRK di Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Kesatuan dan kesepaduan pimpinan di semua peringkat begitu terserlah. Sdr Jevan dan Walauo, dua orang AJK mewakili Non Muslim banyak membantu khususnya bagi mewakili kaum terbesar Cina dan India.Komitmen mereka begitu tinggi.

Slogan Amanah, Progresif, Peduli, yang bertitik tolak atas konsep Rahmatan Lil 'Alamin sentiasa menjadi pegangan dan amalan untuk memacu perjuangan yang suci dan murni ini.

Sambil menginsafi Amanah adalah parti baru dan banyak usaha yang mesti di lakukan untuk memperkenalkannya dalam masyarakat, inshaAllah, keyakinan dan keikhlasan berAMAL hanya kerana Allah, Parti Amanah Negara akan terus berkembang dan di dokong masyarakat berbagai kaum.
Kepada Mu Ya Allah, hamba Mu berserah diri. Permudahkan urusan kami yang berjuang di Jalan Mu Ya Allah,
Moga usaha kita diberkati Allah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger