Presiden Amanah Mohamad Sabu yakin parti
itu mampu bertahan dan akan terus ke hadapan menjadi parti masa depan
yang cemerlang sekalipun keputusan pilihan raya umum akan datang tidak
memihak kepada parti itu.
Beliau berkata, dengan pengalamannya mengembangkan Parti Islam
SeMalaysia (Pas) 38 tahun lalu dan kini memimpin Amanah, beliau melihat
perkembangan Amanah jauh lebih cepat dan diterima rakyat.
"Amanah mahu kemenangan dalam pilihan raya yang akan datang tetapi
jika berlaku sebaliknya Amanah akan tetap bertahan dan akan terus maju
menjadi parti masa depan yang cemerlang.
"Saya berpengalaman mengembangkan parti Islam lebih daripada 38 tahun
dan sekarang memimpin Amanah bersama rakan-rakan yang lain.
"Saya melihat perkembangan Amanah jauh lebih cepat diterima rakyat
terutama di negeri-negeri sebelah selatan. Inilah kehendak dan tuntutan
ummah sekarang ini sama ada dari orang Islam atau bukan Islam," ujarnya
dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru katanya penyokong Amanah tidak perlu berasa ragu terhadap
analisa-analisa yang bersifat sementara yang dibuat oleh berbagai pihak.
"Parti Islam Amanah yang bersifat ideologi, kontemporari dan inklusif
ini akan dapat bertahan dan terus berkembang walaupun apa keputusan
pilihan raya.
"Ada parti-parti politik yang ditubuhkan begitu hebat seperti
Semangat 46 yang dianggotai oleh bekas-bekas menteri kabinet dan
tokoh-tokoh Umno. Namun parti tersebut tidak mampu bertahan dan hanya
sempat dua kali pilihan raya sahaja.
"Bagi Amanah, kita sedar pilihan raya yang akan datang merupakan
suatu ujian yang besar dan kita mahu kemenangan yang besar dan parti ini
terus berkembang serta hidup subur," ujarnya.
Beliau mengimbas bagaimana Pas ditubuhkan pada 1951 dan berkembang agak perlahan berbanding Amanah yang baru ditubuhkan.
"Pada tahun 1955, Pas hanya menang satu kerusi di Krian dan kemudian
pada tahun 1959 membuat kejayaan yang agak besar di Kelantan dan
Terengganu.
"Saya bersama dengan parti Islam sejak tahun 1978. Bersama Tuan Hj
Yusof Rawa, Ustaz Fadhil Noor, Ust Abd Hadi Awang dan lain-lain
pimpinan.
"Kami berusaha mengembangkan pengaruh Pas di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Pahang dan Selatan Perak.
"Setiap kali pilihan raya, Pas akan hilang wang pertaruhan di
kebanyakan tempat. Bahkan pada PRU13 lalu, masih lagi ada calon Pas yang
hilang wang pertaruhan seperti di Kota Tinggi dan wilayah tengah Johor.
Begitu juga di selatan Selangor dan tengah Selangor.
"Bagaimanapun di Selangor, Pas berjaya menang 15 kerusi hasil
gabungan dalam Pakatan Rakyat dan sokongan undi masyarakat bukan Islam,'
ujarnya.
Apabila berlaku pergolakan besar dalam kepimpinan tertinggi Pas pada
2015 sehingga tertubuhnya Amanah, ujarnya, telah menarik ramai pengikut
untuk menyertai Amanah.
"Amanah sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar, bersikap
inklusif serta terbuka, bersifat merubah (reform) kepada Pas serta
gerakan-gerakan Islam di dunia ini.
"Amanah yang baru berusia setahun ini berkembang begitu pesat. Bulan
ini, dalam salah satu majlis di Salor, Kelantan kita menerima permohonan
keahlian dari beberapa orang profesor, aktivis dan NGO untuk bersama
Amanah," ujarnya.
Amanah akan terus hidup, jangan bimbang dengan analisa
Written By Wadah Baru on Rabu, 28 September 2016 | 8:31 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan