Saya telah diminta oleh wartawan bagi memberikan respon berkaitan
Saman RM200K bekas
Timbalan Pengerusi SPR terhadap Presiden Amanah, Hj
Mohamad Bin Sabu. Berikut adalah respon saya :
1) Isu ini adalah
berkaitan isu negara dan cukup merakyat. Perihal perjuangan
mempertahankan kedaulatan negara (menerusi sistem pengundian yang sah)
dan legitimasi sesebuah kerajaan dengan memastikan sistem pilihan raya
bersih, adil, telus dan diyakini para warga. Maka tentulah tumpuan kita
adalah institusi yang bertanggungjawab iaitu SPR dan seluruh penjawat
jawatan penting di dalamnya.
2) Seluruh dunia tahu akan
perjuangan rakyat Malaysia melalui BERSIH menuntut pilihan raya bersih
dan adil. Khususnya memulihkan dan menambahbaik peranan SPR dalam
menjalankan tugas-tugas berkaitan sistem dan perjalanan pilihan raya.
3) Komandan perjuangan rakyat Malaysia ini sejak awal adalah tuan Haji
Mohamad Bin Sabu (Mat Sabu). Beliau ternyata berjaya membangkitkan
kesedaran dan keberanian rakyat untuk turun ke jalan raya dan sekaligus
berjaya menggembleng seluruh rakyat tanpa mengira kaum untuk sama-sama
bertanggungjawab memastikan SPR menjalankan tugas seperti yang semua
kita tuntut dan harapkan.
4) Justeru, saman bekas Timbalan
Pengerusi SPR ke atas Mat Sabu ini bukanlah suatu yang memalukan kita
khususnya ahli-ahli AMANAH. Bahkan saya percaya kebanyakan aktivis
kebangkitan rakyat serta aktivis masyarakat sivil juga sependapat dengan
saya. Malahan setiap rakyat Malaysia yang mahukan pilihan raya yang
bersih dan adil akan bersama dengan pendirian ini .
5) Sebab
itu, kita lihat terdapat beberapa kumpulan aktivis dan masyarakat yang
kini sedang mengambil tanggungjawab untuk mengumpulkan sejumlah RM200k
bagi memastikan wira rakyat ini terlepas daripada hukuman muflis
sepertimana yang digembar-gemburkan oleh beberapa pihak yang tidak
bertanggungjawab atau lebih tepat saya sifatkan sebagai kelompok
desprado - terdesak. Percayalah rakyat tidak sekali-kali akan
membiarkannya keseorangan menghadapi ujian perjuangan ini. Hj Mohamad
Sabu adalah mewakili rakyat seluruhnya dan beliau kekal sebagai ikon
pejuang anak-anak muda Malaysia sepanjang zaman.
6) Sebagai anak
jati Sabah, isu projek IC di Sabah bagi memastikan survival BN bukanlah
suatu perkara yang diada adakan. Ia krisis dan skandal yang benar-benar
berlaku. Persoalan bahawa telah berlaku kepincangan urus tadbir dalam
pilihan raya negeri Sabah sejak zamn Tun Mustafa, sekaligus usaha BN
memastikan parti bumiputera Sabah iaitu PBS tumbang dan sekaligus
memberi kesan besar dalam politik bumiputera Sabah dengan kemasukan Umno
; adalah isu besar dan tidak mungkin akan terpadam daripada sejarah
hitam Sabah, termasuklah ingatan kebanyakan rakyat jelata di sana.
7) Justeru, apa yang dilakukan oleh Hj Mohamad Sabu wajar dilihat
sebagai bakti dan budinya kepada negara seluruhnya, terkhusus bahkan
buat rakyat jelata di Sabah.
8) Adalah sangat jelik dan pelik
melihat kelompok desprado yang bertindak seolah-olah memperlekehkan
isu saman RM200k ini. Apatah lagi pada ketika itu kita semua sebenarnya
sedang berhempas pulas mendesak dan memastikan SPR agar berlaku adil
dan bersih dalam menjalankan tugas menjelang dan sepanjang PRU13, 2013.
9) Lebih menyedihkan, saman itu sebenarnya dikenakan pada ketika Hj
Mohamad Sabu menjawat jawatan Timbalan Presiden sebuah parti (2013), dan
amat malang seolah-olah langsung tiada pembelaan ke atas orang nombor 2
ini sekalipun manifestonya adalah perihal negara berkebajikan.
Kebajikan pimpinan yang berhempas pulas langsung tidak diumpamakan
sehinggalah kita semua dikejutkan dengan berita kemungkinan muflis ini
sekiranya Hj Mohamad Sabu gagal membayar RM200k tersebut!
10)
Justeru, dengan penuh rasa tanggungjawab, saya bagi pihak Angkatan
Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, bersama dengan seluruh
jawatankuasa AWAN seluruh negara, rakan-rakan aktivis pelbagai kumpulan
serta rakyat Malaysia seluruhnya akan mengambil tanggungjawab kami bagi
memastikan Hj Mohamad Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara
(AMANAH) bebas daripada pengisytiharan muflis sekaligus melunaskan saman
RM200k itu, in shaa Allah.
Fa'iza azamta fatawakkal alalLah.
Allahul musta'an.
🅰🅰🅰
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional,
Timbalan Ketua AWAN Nasional
15 Februari 2016, 20:30
Home »
artikel
,
Penulis Tamu
» Isu Saman RM200K Bekas Timbalan Pengerusi SPR terhadap Presiden AMANAH
Isu Saman RM200K Bekas Timbalan Pengerusi SPR terhadap Presiden AMANAH
Written By Wadah Baru on Selasa, 16 Februari 2016 | 9:20 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan