Home » , » Datuk Amiruddin Hamzah melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah.

Datuk Amiruddin Hamzah melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah.

Written By Wadah Baru on Khamis, 12 Mei 2016 | 11:59 PG

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah.

Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, pihaknya telah mengambil maklum tentang perkara ini.

"PAS Kedah telah mengambil maklum tentang peletakan jawatan Datuk Amiruddin Hamzah sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Kuala Kedah.

"Beliau kekal memegang jawatan Ketua Pembangkang DUN Kedah, Pengerusi Pembangunan Kompleks PAS Kedah dan beberapa entiti lain yang diberi tanggungjawab ke atasnya oleh Badan Perhubungan PAS negeri," katanya dalam kenyataan, malam Rabu.

Katanya, pentadbiran PAS Kuala Kedah berjalan seperti biasa dengan tugas-tugas dilaksana oleh pemangku jawatan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan parti.

"Beliau (Amiruddin) kekal beristiqamah  dan terus memberi khidmat kepada PAS," katanya.

Beliau juga menyeru semua ahli PAS Kedah agar terus fokus terhadap kerja-kerja mendekati rakyat serta memperjuangkan hak-hak mereka dengan penuh dedikasi.

Sementara itu, dilaporkan bahawa surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada setiausaha PAS kawasan pada 9 Mei lalu.

Amiruddin dilaporkan berkata, peletakan jawatan ini tidak ada kaitan dengan cadangan untuk melompat ke mana-mana parti politik dan beliau akan terus menjadi ahli PAS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger