Saya pernah jadi Ahli Lembaga Akhbar Harakah beberapa tahun. Bincang konsep pemberitaan dan ruang kebebasan editorial. Waktu itu jualan Harakah masih 100,000 setiap keluaran. Turun padang ikut lori Harakah bertemu pengedar. Mendengar pandangan dan keluhan mereka.
Saya tidak tahu berapa jualan Harakah, Suara Keadilan, RoketKini dan lain lain. Seumpama Harakah, mereka bertanggungjawab atas periuk nasi staf dan juga parti. Kalau jualan rendah, ia berisiko di masa hadapan. Ahli berjuta, bukan jaminan akhbar laku. Kadangkala, pemimpin pun tidak membeli dan membacanya. Alasannya, ada portal online seperti Harakahdaily, Malaysiakini, Malaysian Insider dll.
Justeru, pimpinan Amanah mengambil masa dan sangat berhati2 untuk
terbit akhbar sendiri. Bukan sahaja soal kualiti berita, tapi memenuhi
selera pembaca yang berbagai bagai. Ia tidak boleh syok sendiri. Risiko
untuk gulung tikar sangat besar.
Moga akhbar, SUARA AMANAH, media alternatif yang boleh survive dan terus berkembang di zaman media baru ini.
Kehadrat MU Allah dan doa semua, kami memohon pertolongan.
Moga ia memenuhi kehendak pembaca dan terbuka kepada teguran.

0 ulasan:
Catat Ulasan