Oleh RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD
Saya tidak membuat ulasan kemelut 
Terengganu walau beberapa kali ditanya hingga keadaan menjadi lebih 
tenang. Situasi Terengganu agak lebih kompleks daripada apa yang 
dijangka.
Pelucutan gelaran kebesaran menteri besar 
Terengganu walaupun mungkin tidak ada kaitan dengan pergolakan politik 
tempatan, merupakan situasi terkini yang hangat dialami.
Saya 
telah mengulas tentang perlunya kerajaan negeri menjadi stabil apabila 
usul undi tidak percaya dikemukakan di Dewan Undangan Negeri Terengganu 
baru baru ini.
Malangnya ada pihak tertentu menempelak cadangan 
saya supaya pilihan raya negeri diadakan. Sebenarnya usul undi tidak 
percaya itu dibenarkan mengikut perlembagaan.
Hari ini pihak yang sama mencadangkan pilihan raya negeri juga diadakan!
Sejak
 Datuk Seri Ahmad Said digugurkan sebagai menteri besar oleh Datuk Seri 
Najib Razak, politik Umno Terengganu bergolak hebat.
Dari segi parahnya situasi, keadaan semasa undi tidak percaya dahulu lagi parah.
Pada
 masa itu, daripada segi teorinya, Ahmad Said yang membawa usul tersebut
 telah berada di luar atau "terkeluar" daripada kerajaan kerana 
menentang parti.
Jadi kedudukan kerusi secara teori menjadi 16-16 dan susah untuk kerajaan berfungsi.
Tumpang masalah pihak lain
Itulah sebabnya saya hairan kenapa ketua pembangkang tidak terus mendesak untuk pilihan raya negeri diadakan.
Keadaan bergelora tetapi mereka hanya berpeluk tubuh dan menjadi pemerhati dan situasi kembali tenang buat sementara.
Situasi sekarang antara istana dan menteri besar dan bukan tidak melibatkan mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kerusi
 di DUN dengan komposisi 17-15 masih berpihak kepada BN. Apa yang 
berkemungkinan besar berlaku adalah pertukaran menteri besar yang juga 
masih daripada BN.
Persoalan nya kenapa baru sekarang ketua pembangkang bersiap sedia kononnya untuk menghadapi pilihan raya negeri?
Adakah
 sekadar menumpang atas isu dan masalah pihak lain. Melainkan Umno 
Terengganu bergolak hebat, semula itulah situasi semasa. Kita perlu 
objektif dalam isu ini dan jangan emosi.
Jika hendak bertindak, 
sepatutnya semasa usul undi tidak percaya dahulu. Memang diakui Umno 
bergelora di peringkat pusat dengan masalah Najib dengan timbalan, naib 
serta bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad serta pengikut-pengikut
 mereka.
Masalah di pusat sudah tentu akan menjejaskan kedudukan menteri besar Terengganu yang dipilih Najib.
Ini semua menyusahkan rakyat Terengganu dan perlu dicari penyelesaian atau diadakan pilihan raya semula.
Habuan minyak
Rakyat
 Terengganu yang menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup, cukai 
barangan dan perkhidmatan (GST) dan kejatuhan nilai ringgit Malaysia 
menjadi mangsa dan menanggung pelbagai derita.
Situasi penuh ketidaktentuan ini harus berakhir demi kesejahteraan rakyat.
Pihak kerajaan dan pembangkang harus memainkan peranan mereka demi masa depan rakyat Terengganu.
Kemelut Umno Terengganu telah lama berlaku dan menjadi lebih ketara selepas Ahmad Said diganti dengan menteri besar sekarang.
“Ramai
 yang berminat menjadi menteri besar Terengganu, maklumlah bajet tahunan
 melebihi RM2 bilion setahun dengan penduduk hanya 1 juta berbanding 
dengan Selangor sekitar RM1.5 billion tetapi penduduk 4.5 juta!
Sangat
 lumayan habuannya tetapi sejak minyak ditemui 40 tahun dahulu, di 
Terengganu, rakyat terus menjadi antara tiga negeru termiskin dan 
kerajaan negeri terus bermewah-mewah.
“Kerana itu Umno negeri terus bergolak merebut kuasa dan kekayaan duit minyak”.
Jika pertukaran menteri besar berlaku, ia belum tentu akan berakhir kerana pergolakan Umno pusat sedang hebat membara!
Kalau pertukaran menteri besar Terengganu juga berlaku, ia hanya akan meredakan keadaan hanya untuk beberapa ketika.
Bukan hanya Terengganu, seluruh negara menghadapi dugaan yang amat hebat.
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Terengganu
Apa sudah jadi, ketua pembangkang Terengganu?
Written By Wadah Baru on Khamis, 28 April 2016 | 12:36 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan