Oeh THEHJ OSAMA 
Saya berada di Sarawak selama tiga hari. Tidak banyak yang saya mampu
 lakukan untuk pilihanraya negeri kali ini. Pandangan awal saya 
menjangkakan tidak banyak perubahan yang bakal berlaku untuk pilihanraya
 kali ini.
Kekuatan Ketua Menteri baru ini mengingatkan saya kepada gelombang 
Pak Lah 2004. Bukan kerana sangat kuatnya Adenan Satim, tapi terlalu 
teruknya Taib Mahmud menjadikan rakyat Sarawak seumpama terlepas gerah 
yang besar.
Rakyat Sarawak teramat sukar untuk menerima perubahan. Slogan Sarawak
 untuk Sarawakian begitu menjadi. Ia seakan rukun yang perlu di patuhi 
oleh rakyatnya.
Parti-parti dari semenanjung walaupun Umno sendiri tidak sangat 
bernilai kepada rakyat Sarawak. Walau mereka kesempitan berbanding hasil
 negeri yang begitu banyak.
Melalui beberapa orang yang saya temui, mereka berpendapat harapan 
untuk menambah kerusi sangat tipis. Rakyat Sarawak ada bacaan politik 
mereka sendiri.
Saya sendiri sangat berharap, ledakan internet dan pertimbangan 
terutamanya daripada anak muda bisa merubah sesuatu. Sepatutnya 
penambahan satu dua kerusi untuk pembangkang akan bisa menjadikan 
pemerintahan yang ada akan rasa sedikit tergugat dan beringat.
Saya berikan contoh yang mudah. Dun Benting Maro. Berbanding 
sebelumnya ia berubah banyak. Kawasan itu kini mempunyai beberapa 
sentuhan yang lebih baik berbanding dahulu.
Semua ini berlaku kerana Pas semakin kuat. Malah majoriti hanya 300 
lebih pada pilihanraya sebelumnya membuatkan rakyat Benting Maro 
mendapat laba yang cukup besar. Hampir kesemua kawasan kini mempunyai 
jalan yang mana sebelumnya hanya titi.
Seandainya rakyat Sarawak sedikit bijak, saya pasti lebih banyak laba
 yang bakal mereka perolehi. Antara keperluan yang paling penting ialah 
masalah air. Di sini, sumber utama untuk air minum ialah air hujan.
Saya menjadi begitu hairan bagaimana rakyat Sarawak dapat menerima 
ketiadaan air bersih sampai sebegitu teruk. Tidakah air itu satu 
keperluan utama? Tong-tong biru dimiliki oleh hampir kesemua penduduk 
hanya untuk menadah air hujan.
Selain daripada itu, mereka juga tidak perlu takut dengan perubahan. 
Kelantan sendiri yang sering dinafi dan ketepikan masih boleh bertahan 
sehingga hampir 25 tahun.
Saya sangat berharap sedikit lonjakan bakal berlaku di Sarawak untuk 
pilihanraya kali ini. Tunjukkan sedikit keajaiban sebagai rakyat yang 
mempunyai hak. Ajari mereka agar lebih mengerti bahawa rakyat adalah 
tuan sebenar.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan