Tujuan saya untuk menerangkan segala fakta dan kronologi proses
perundingan di antara PKR dan DAP ialah supaya rakyat terutamanya
penyokong-penyokong Pakatan Harapan mengetahui apa sebenarnya yang
berlaku dan biarlah rakyat menjadi juri siapa yang patut
dipertanggungjawabkan dalam keadaan hari ini.
19 Februari 2016
Mesyuarat Jawatankuasa Rundingan Kerusi 2-pihak PKR-DAP yang terdiri
daripada Tony Pua, Chong Chieng Jen, Teresa Kok (DAP) dan Tian Chua,
Baru Bian, See Chee How (PKR) memutuskan untuk melantik Merdeka Center
untuk menjalankan kaji selidik untuk melihat parti mana yang lebih
sesuai bertanding di kawasan-kawasan yang bertindih. 6 kerusi dipilih
dalam projek tersebut iaitu Batu Kitang, Senadin, Simanggang, Tasik
Biru, Mambong dan Bukit Semuja. Kos sebanyak RM100,000 ditanggung sama
rata di antara 2 parti.
7 Mac 2016
Majlis Presiden Pakatan Harapan bermesyuarat dan memutuskan untuk
memberi tempoh masa sehingga pertengahan bulan Mac kepada Jawatankuasa
rundjingan PKR-DAP untuk menyelesaikan proses rundingan dan selepas itu,
keputusan terakhir perlu dibuat bersama oleh Setiausaha Agung DAP Lim
Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali.
23 Mac 2016
Jawatankuasa rundingan PKR-DAP bermesyuarat untuk kali terakhir dan
berjaya mengurangkan kerusi yang bertindih dari 15 ke 11 kerusi. 11
kerusi tersebut ialah Batu Kitang, Senadin, Simanggang, Tasik Biru,
Mambong, Bukit Semuja, Ngemah, Machan, Mulu, Marudi dan Layar.
31 Mac 2016
Semua keputusan kaji selidik Merdeka Center untuk 6 kerusi diserahkan
kepada pihak PKR dan DAP. Kesimpulan daripada Merdeka Center
menunjukkan bahawa DAP mempunyai kelebihan berbanding PKR dalam 5
daripada 6 kerusi tersebut. PKR hanya mempunyai kelebihan untuk kerusi
Mambong.
7 April 2016
Pertemuan di antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Timbalan
Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali di Pejabat Ketua Pembangkang Parlimen.
Turut hadir ialah Naib Presiden PKR Nurul Izzah dan saya selaku
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP. Walaupun keputusan kaji selidik
Merdeka Center berpihak kepada DAP, pihak kami menawarkan “package deal”
kepada PKR dengan mencadangkan formula 3:8 iaitu DAP menyerahkan kerusi
Batu Kitang (kerusi yang paling winnable), Marudi dan Machan kepada PKR
dan DAP bertanding di 8 kerusi yang lain.
Datuk Seri Azmin Ali meminta supaya DAP “concede” satu atau dua
kerusi lagi. Lim Guan Eng bersetuju supaya kerusi Layar juga ditandingi
oleh PKR tetapi dengan syarat kerusi Murum diserah balik kepada DAP dan
PKR bertanding di kerusi Belaga.
Maka, pada hari tersebut, persetujuan akhir sebenarnya telah dicapai
oleh pimpinan tertinggi DAP dan PKR mengenai kerusi-kerusi bertindih.
Kedua-dua pemimpin menandatangani satu nota bertulis yang menyenaraikan
kerusi-kerusi yang dipersetujui untuk ditandingi oleh kedua-dua parti
iaitu DAP akan bertanding di 8 kerusi (Senadin, Mulu, Murum, Ngemah,
Mambong, Tasik Biru, Simanggang dan Bukit Semuja) manakala PKR pula akan
bertanding di 5 kerusi (Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga).
Pihak PKR berjanji akan memberikan “final confirmation” dalam masa 24 jam.
11 April 2016
Lim Guan Eng dan Datuk Seri Azmin Ali berjumpa di Ibupejabat PKR
sebelum mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Pertemuan tersebut
juga dihadiri Datuk Seri Wan Azizah, Nurul Izzah dan saya. Pihak PKR
meminta “swapping” 2 kerusi yang telah dipersetujui untuk ditandingi
oleh DAP iaitu Mambong dengan Tarat dan Mulu dengan Marudi.
Pihak DAP menegaskan sekiranya ada permintaan untuk membuka semula
rundingan, maka DAP Sarawak akan meminta untuk merundingkan semula
kerusi Batu Kitang. Justeru itu, tidak ada apa-apa perubahan dibuat
terhadap persetujuan yang dicapai pada 7 April yang lalu.
Dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan
Azizah telah mengesahkan bahawa DAP dan PKR telah mencapai persetujuan
untuk satu lawan satu dalam semua kerusi yang terlibat.
Maka, DAP berpegang kepada perjanjian yang telah dicapai dengan
pimpinan tertinggi PKR pada 7 dan 11 April dan tidak mahu membuat
sebarang perubahan saat akhir kerana kami tidak mahu calon-calon kami
memasuki gelanggang dalam keadaan tanpa persediaan yang mencukupi.
Kami amat kesal dengan tindakan PKR Sarawak yang tidak menghormati
keputusan yang telah dicapai oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti
dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan yang sebenarnya merupakan satu
keputusan “menang-menang” untuk PKR dan DAP.
Tujuan saya untuk menerangkan segala fakta dan kronologi proses
perundingan di antara PKR dan DAP ialah supaya rakyat terutamanya
penyokong-penyokong Pakatan Harapan mengetahui apa sebenarnya yang
berlaku dan biarlah rakyat.
* Loke Siew Fook adalah Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Seremban.
Kronologi rundingan kerusi PRN Sarawak antara DAP-PKR
Written By Wadah Baru on Sabtu, 30 April 2016 | 8:45 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan