Home » , » Pakatan Harapan Kedah umum senarai jawatankuasa

Pakatan Harapan Kedah umum senarai jawatankuasa

Written By Wadah Baru on Sabtu, 21 Oktober 2017 | 4:49 PTG

Pakatan Harapan (PH) Negeri Kedah mengumumkan barisan kepimpinan jawatankuasa gabungan itu malam tadi.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap di Rapat Umum Selamatkan Malaysia di Dataran Stargate, Alor Setar.

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilantik sebagai pengerusi PH Kedah manakala jawatan timbalan pengerusi disandang ahli Parlimen Kuala Kedah daripada PKR Dr Azman Ismail, Pengerusi AMANAH Kedah Datuk Dr Ismail Salleh dan Pengerusi DAP Kedah Tan Kok Yew.

Selain itu, ketua sekretariat pula ialah Dr Abdul Rahman Ahmad daripada AMANAH, Setiausaha Bersatu Kedah Datuk Abdul Aziz Mahmud (Bendahari), Ketua Pemuda AMANAH Kedah Mohd Asmirul Anuar Aris (Ketua Pemuda Pakatan Harapan Kedah) dan Ketua Wanita PKR Kedah Nurin Aina Abdullah (Ketua Wanita Pakatan Harapan Kedah).

Timbalan Pengerusi Bersatu Kedah Mejar (B) Anuar Abdul Hamid menyandang jawatan pengarah penerangan manakala Timbalan Pengerusi AMANAH Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi pula sebagai pengarah pilihan raya.

Lima anggota jawatankuasa ialah Gooi Hsiao Leung (PKR), G. Karunagaran (DAP), Dr R. Krishnamoorthy (PKR), Aris Awang (Amanah) dan Beh Poh Kheng (DAP).

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger