Hari lebih 3 Bulan Amanah di tubuh kan.. apa yang aku nampak, Matlamat dan pendirian Politik Amanah itu tepat.. tetapi mengguna Strategi dan pendekatan Politik yang Salah dan tersasar.. matlamat (Al-Ghayah) harus jelas.. dalam gerakan Islam(tanzim) ada 3 rukun utama sebagai asas kejayaan dan wasilah perjuangan, pertama Qiyadah(kepimpinan), kedua Jundiyah(pengikut) ,ketiga adalah Qittah( perencanaan/Strategi) , asas ke 3 inilah banyak dari gerakan Islam abaikan.. mereka terlalu tertumpu kepada mengumpulkan keahlian dan pengikut yang ramai.. sedangkan kata saidina Ali " "Kebenaran yang tidak terancang akan kalah kepada kebatilan yang terancang.".. Allah Sendiri berfirman dalam surah As Saff, Allah mencintai orang2 yg berperang dijalannya " كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ " seakan akan sebuah bagunan yg tersusun kukuh ,
apa yg berlaku hari ini, Amanah lebih kepada Syok sendiri dan terikut ikut gaya dan pendekatan PAS.. Amanah masih lagi dok syok sendiri buat Ceramah ala PAS.. dan masih syok sendiri bina pejabat dan buka Wisma yg gah seakan2 mahu bersaing dgn PAS.. rasanya semua pembinaan itu adalah kos.. tetapi masih tidak ada gerak kerja Politik yg jelas..tidak salah membina wisma atau bagunan Parti jika keutamaan lain di dahulukan.. aku faham Amanah masih baru.. dia masih membina imej dan aset mereka.. tetapi jangan alirkan kos yang tinggi kepada perkara yg tidak perlu dan tidak ada manfaat kepada gerakan Politik, dulu PAS pun aku pernah tegur kerana membelanjakan RM 8 juta untuk membeli Bagunan di Jalan Raja Laut, dan akhirnya kos operasi dan penyelenggaraan bagunan hampir Rm 300 ribu setahun, cukup membazir.. Amanah tak perlu membazirkan duit untuk membelanjakan berpuluh ribu untuk membuka Wisma dan akhirnya terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yg tinggi.
Mat Sabu sebagai Presiden Parti peranan nya Mengurus organisasi.. bukan menjadi Spiritual Leader seperti peranan Mursyidul Am di dalam PAS , jawatan Pengerusi Parti di dalam DAP dan penasihat umum di dalam PKR.. Mat Sabu harus sedar semua ni.. Sebagai Presiden mesti dia mesti ada Master plan, module kerja untuk digerakkan secara tersusun bukannya sekadar memberi arahan mulut dan melalui ceramah.. dalam gerak Politik, itu sebab aku lebih suka gaya organisasi politik DAP, mereka tak perlu wisma atau markaz yang besar dan gah.. tetapi gerak kerja mereka tersusun..
Apa sepatutnya Amanah Buat sebagai permulaan ?
1- Perkasa kan organisasi media.. walaupun Amanah sudah ada website nya sendiri, tetapi haru memperkasakan Portal rasmi dari berita nya, Page Amanah Official tak jelas, banyak sangat Page kawasan dan Negeri yg muncul..sumbernya bercelaru unit penerbitan Audio video juga lemah , seharusnya unit ini dahulu diperkasa.. unit dan jabatan ini seharusnya di " centralised " terlebih dulu.. dan unit Media harus diserahkan kepada golongan Profesional dan ahli dalam bidang dia bagi merealisasikan visi, kempen dan aktiviti amanah, menghasilkan risalah ,bahan kempen dan juga propaganda bagi melawan sebarang anasir Politik UMNO.. bukan dianggotai ahli sukarela yg tidak ada kemahiran dalam bidang Media.. belajar dari cara penerbitan dan pengurusan Malaysiakini.
2- Bersedia untuk menerbitkan Akhbar Mingguan atau bulanan sendiri.. begitu juga majalah Politik.. Amanah boleh saja bergabung dgn PKR dan DAP bagi menghasilkan Akhbar Rasmi Pakatan Harapan, ia bagi menyatukan sumber berita, Amanah boleh menghasil kan bahan berita dunia Politik Islam dan bahan Ilmiah melibatkan penulisa agama. Penerbitan ini penting bagi menyalurkan maklumat yg tepat,centralised dan ia juga boleh menghasilkan sedikit pendapatan kepada Amanah..
3- Melengkapkan gerak kerja, Module kerja organisasi dalam Amanah seperti pemuda dan Arif, Tugas pemuda dan Arif harus di ubah dari konsep unit amal yg lebih kepada menjaga keselamatan dan kerja amal, Arif harus digerakkan secara berkala sebagai penyampai risalah dakwah dan Politik , Amanah tak boleh terikat dgn gaya PAS, mereka bergerak dgn Ceramah.. Amanah harus belajar dari DAP dari sudut gerak kerja.. mereka bergerak terus kepada Persatuan, dan NGO.. menggerak kan maklumat dan risalah kepada masyarakat mereka.. risalah dan kempen yg edar mesti dihasilkan Amanah Pusat, Maklumat harus seragam seluruh negara, itu sebab Pentingnya penubuhan dan memperkukuh kan unit media .
4- Persediaan menubuhkan satu Model dan jenama baru Pendidikan Pra Sekolah Islam yang lebih modern.. satu Model baru seperti kewujudan jenama pendidikan pra Sekolah Khalifa, Genius Aulad dan brainybunch, malah Amanah boleh membuat kerjasama dgn jenama2 ini, cukup lah Setiap negeri satu cawangan bagi sasaran tahun 2016 ditubuhkan, dan Amanah boleh membuka dgn konsep " Francais" bagi setiap negeri dan kawasan.. pimpinan Amanah hari ini lebih dari berpengalaman menghasilkan modul dalam pendidikan pra Sekolah PASTI.
5- Akhirnya Amanah harus bersedia bergerak melalui Aktiviti ekonomi dan pendidikan , sebagai contoh menerbitkan bahan penerbitan agama seperti CD, VCD dan Majalah, dalam hal pendidikan pula, untuk lebih dekat kepada Masyarakat.. sebagai contoh Kelas Pengajian Quran dan Tuisyen pada waktu malam untuk pelajar sekolah Rendah boleh menjadi satu jenama baru dan satu lagi model Amanah untuk mendekatkan diri dgn Masyarakat.
Jika 2 Perkara di atas pun gagal dilaksanakan Amanah, jelas lah Amanah hari ini gagal menguruskan Organisasinya sendiri dan bersifat Parasit, menumpang kekuatan Parti lain.. Amanah harus bergerak dengan cara nya sendiri..bukan terikut2 dgn gaya parti lain, kerana sasaran politik Amanah berbeza sama sekali dari PKR dan DAP..
Salam Mulidul Rasul..
Ipoh Mali
Matlamat dan pendirian Politik Amanah itu tepat tetapi ..
Written By Wadah Baru on Ahad, 27 Disember 2015 | 12:10 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan