Home » » PAS tak ada jalan lain, eloklah bersama UMNO : PASMA

PAS tak ada jalan lain, eloklah bersama UMNO : PASMA

Written By Wadah Baru on Ahad, 27 Disember 2015 | 11:50 PG

Oleh : MOHD HILMI MOHD ALI

"PAS saya lihat sudah pergi terlalu jauh dalam konteks kerjasama dengan UMNO dan saya berpendapat PAS tidak ada pilihan lain dan mereka saya yakin akan teruskan kerjasama itu".

"Kenyataan kepimpinan PAS juga masing-masing agak berbeza antara pimpinan-pimpinan mereka. Ada yang dilihat setuju dan ada yang tidak setuju namun pimpinan tertinggi PAS nampaknya bersetuju, jadi eloklah diteruskan”.

Itu kata Presiden PASMA, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi kepada BNBBC.my. mengulas kerjasama PAS dan UMNO yang dilihat semakin rancak selepas pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia di Kuala Lumpur. 17 Disember lalu.

Menurutnya, adalah lebih molek PAS meneruskan kerjasama mereka bersama parti UMNO kerana PAS kini dilihat tidak mempunyai jalan lain ekoran permusuhan dengan DAP dan yang terbaru, ketegangan dengan PKR.

najib n hadiMengakui kerjasama PAS dan UMNO bukanlah sesuatu yang asing, Ir. Phahrolrazi memaklumkan bahawa kedua parti itu telah bekerjasama sejak 2008 lagi.

Bezanya dahulu kerjasama dilakukan secara rahsia melalui beberapa pertemuan sulit, namun kali ini kerjasama PAS bersama UMNO lebih terbuka tanpa selindung.

“Kepimpinan PAS sebelum ini pernah ada kerjasama dengan UMNO, cuma tidak diistiharkan.

“Seperti sebelum ini kerjasama kerajaan Kelantan dan kerajaan Persekutuan (G2G), perjumpaan secara sulit juga pernah berlangsung melibatkan kerajaan Perak dan Selangor,” katanya.

Bagaimanapun PASMA katanya, lebih senang jika PAS meneruskan hasrat mereka untuk bekerjasama dengan UMNO selepas enggan bekerjasama dengan DAP dan AMANAH di bawah Pakatan Harapan.

umnopas1Ia juga katanya, boleh membantu memudahkan ahli serta penyokong-penyokong PAS mengetahui pendirian parti itu dengan jelas.

“Kalau PAS mereka cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dan mereka tidak selesa dengan DAP, AMANAH jadi lebih baik mereka berada di BN.

“Dengan kerjasama itu, maka lebih jelas satu gabungan pembangkang, satu lagi gabungan BN dan gabungan ini bagus memudahkan pengundi buat pemilihan lebih jelas,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger