Oleh Aiman Athirah Al Jundi
Prof Agus,
Izinkan saya menjawab dengan lidah yang fasih akan pertanyaan Prof lewat penulisan Prof hari ini.
Iyya, AMANAH adalah alternatif kepada Pas. AMANAH adalah sebuah Parti Islam yang lebih inklusif dan sejujurnya berusaha menterjemahkan Islam Rahmat Untuk Semua. Bukan hanya ibarat menanam tebu di tepi bibir.
Dan...iyya...AMANAH juga punya "produk baru" yang ditawarkan untuk rakyat, khususnya selepas ada yang sedang terancang mengkhianati kepercayaan dan pengharapan rakyat. Sekaligus memandang rendah kepada kedzaliman regim yang sedang bermaharajalela.
AMANAH adalah kesinambungan perjuangan kami semua yang konsistan menggerakkan Kebangkitan Rakyat untuk menumbangkan kedzaliman regim umno barisan nasional.
AMANAH adalah sebuah perjuangan yang digalas dan didokong oleh setiap sosok pemimpin dan aktivis rakyat yang tidak pernah kenal apa itu jemu, letih, putus asa dan mengalah.
Lebih penting, perjuangan AMANAH tidak boleh dinilai dan ditukarganti dengan wang ringgit, tawaran posisi dan jawatan menteri apatah lagi dengan retorika perpaduan agama dan bangsa yang seolah diperolok-olokkan.
Umno dan barisan nasional adalah musuh yang nyata bagi rakyat yang tertekan dengan pelbagai dasar yang memeras dan menindas. Sesiapapun yang bersama dengan mereka juga adalah musuh kami dan rakyat kebanyakan yang terus-terusan bergantung harap agar regim ditumbangkan daripada takhta kedzaliman dan keangkuhan mereka.
AMANAH HARAPAN BARU RAKYAT MALAYSIA!
Aiman Athirah Al Jundi
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan