PETALING JAYA: Ahli politik DAP Syerleena Abdul Rashid menuduh BN
terdesak dalam usaha melakar gambaran “buruk” mengenai kerajaan Pakatan
Harapan di Pulau Pinang dan Selangor.
The Star memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Azalina Othman sebagai berkata kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang
dan Selangor tidak boleh mengakui bertanggungjawab sepenuhnya di atas
pembangunan kerana kedua-dua negeri itu sudah berjaya.
Selepas melancarkan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Klang
pada Ahad, Azalina berkata kerajaan Pulau Pinang yang sekarang ini
diterajui DAP tidak dibina dari tanah kosong dan asas pembangunan di
Selangor yang diterajui PKR diletakkan kepimpinan BN.
Bercakap kepada FMT, Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang itu
berkata sumbangan “besar” Pulau Pinang dan Selangor pertumbuhan ekonomi
negara tidak boleh dinafikan.
“Kedua-dua negeri ini, seperti yang kita tahu, dipimpin kerajaan
negeri Pakatan Harapan dan tentu sekali BN mahu melakar gambaran yang
negatif.”
Beliau mendakwa Pulau Pinang dan Selangor kini lebih berkembang maju
di bawah Pakatan Harapan berbanding negeri yang diterajui BN.
“Mungkin kami dilihat mewarisi ‘kejayaan BN’ tetapi apa yang
melonjakkan negeri ini ke paras lebih tinggi ialah tadbir urus yang
baik.
“Di bawah Pakatan Harapan, Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang kepada RM69 juta iaitu yang terendah di negara ini.
“Tetapi berbanding kerajaan yang diterajui BN seperti Pahang di mana
hutang kini mencecah RM2.9 bilion dan Sabah di mana hutang mencecah
RM2.3 bilion,” kata Syerleena.
Beliau menambah hutang Kelantan yang diterajui Kelantan kini mencecah RM1.3 bilion.
“Melalui tadbir urus yang baik, Pulau Pinang kini menikmati lebihan belanjawan.
“Wang itu disalurkan balik kepada masyarakat dengan menaik taraf dan
membaiki prasarana, program kebajikan dan bantuan kewangan, antara
lain.”
Beliau berkata mengekalkan struktur sedia ada tidak mudah, dan
menambahbaik struktur itu sehingga ia memberikan hasil adalah “luar
biasa”.
“BN sudah dijangka akan memburukkan Pulau Pinang dan Selangor. Mereka
tiada lagi ‘peluru’ dan cuba ‘mengingatkan’ rakyat akan perkara remeh.
“Daripada buat kenyataan seperti itu, BN perlu tumpu kepada isu yang
lebih mendesak seperti ekonomi, peluang pekerjaan dan pendidikan.
“BN juga perlu tangani rasuah yang berleluasa, lebih lagi dakwaan sekitar 1MDB.”
BN terdesak burukkan negeri PH, kata DAP Pulau Pinang
Written By Wadah Baru on Selasa, 1 Ogos 2017 | 10:53 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan