KUALA LUMPUR: Pemimpin DAP Gobind Singh Deo tidak boleh menerima
keputusan kerajaan untuk tidak menghantar pemerhati dalam saman Jabatan
Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), seperti yang dimaklumkan Menteri Datuk
Seri Azalina Othman di Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Puchong itu berkata Malaysia harus terlibat
memandangkan tindakan DoJ melibatkan wang berbilion ringgit yang
dikaitkan dengan 1MDB.
“Kita seharusnya lindungi dan menjaga aset negara. Cara terbaik dalam
isu ini melantik peguam untuk hadir dan memerhati perbicaraan itu.
“Fakta bahawa 1MDB ini bukan pertuduhan jenayah tidak bermakna kita
harus menunggu tanpa lakukan apa-apa. Kita harus bersikap proaktif
kerana ia melibatkan jumlah wang yang besar dan mendapat perhatian
dunia,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Azalina dalam jawapan bertulis hari ini memberitahu Jabatan Peguam
Negara pada masa ini belum bercadang untuk menghantar pasukan peguam ke
AS sebagai pemerhati dalam prosiding sivil itu.
Meskipun, kerajaan sedang memantau perjalanan dan perkembangan kes
tersebut, di mana DoJ mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset yang
didakwa dibeli dengan dana yang didakwa digelapkan dari dana pelaburan
milik kerajaan itu, termasuk karya seni, barang kemas, kapal layar
bernilai AS$165 juta, dan hak kepada dua filem komedi “Dumb and Dumber
To” dan “Daddy’s Home”.
Keseluruhan nilai aset yang cuba didapatkan DoJ meningkat kepada
AS$1.8 bilion (RM7.7 bilion) dengan tindakan mahkamah itu, yang
difailkan pada 15 Jun lalu.
Saman sitaan yang dibuat sebelum itu pada Julai tahun lepas mahu
mendapatkan kembali semua aset termasuk tetapi tidak terhad kepada Hotel
Park Lane di New York, sebuah hotel mewah di Beverly Hills, kondominium
di New York, jet mewah, karya seni, serta biaya filem Martin Scorcese
“The Wolf of Wall Street”, yang dibintangi Leonardo DiCaprio.
DoJ mendakwa dari 2009 hingga 2015, lebih AS$4.5 bilion (RM19 bilion)
milik 1MDB dilencongkan pegawai tinggi dana itu dan rakan mereka.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara konsisten menafikan
sebarang salahlaku dalam isu 1MDB dan namanya dibersihkan Peguam Negara
Tan Sri Apandi Ali pada 26 Januari tahun lepas.
Tidak logik tunggu keputusan saman DoJ, kata Gobind kepada kerajaan
Written By Wadah Baru on Selasa, 1 Ogos 2017 | 10:54 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan