Home » , » Pemimpin Umno masih harapkan kerjasama PAS

Pemimpin Umno masih harapkan kerjasama PAS

Written By Wadah Baru on Rabu, 28 Oktober 2015 | 3:57 PTG

Oleh Abdul Rahim Sabri 

Seorang timbalan menteri masih berharap kerjasama antara PAS dan Umno direalisasikan demi agama Islam dan bangsa Melayu.

Malah, ia berdasarkan pertimbangan perjuangan kedua-dua parti dianggotai orang Melayu itu yang dikatakan selari.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) juga berkata Pakatan Harapan harus bersedia berdepan cabaran politik baru jika PAS-Umno bekerjasama.

Tajuddin menjawab soalan lisan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) berhubung cadangan mewujudkan semula kaedah pawah lembu berdasarkan pendekatan Lautan Biru bagi mengurangkan import dan mengurangkan kemiskinan.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada YB (Bukit Gantang) setuju dengan dasar Blue Ocean, satu strategi dan dasar kerajaan BN," katanya di Dewa Rakyat.

Kemudian Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamed Said mencelah dan berkata: "Ia diterima baik presidennya semalam".

Selepas itu, Tajuddin berkata: "Maknanya ada tanda-tanda tu, jadi... rakan-rakan Pakatan Harapan perlulah membuat persiapan untuk menghadapi cabaran politik baru.

"Kita doakan kerjasama kedua-dua pihak. PAS dan Umno akan menjadi kenyataan,
"Apa salah kita berjuang dengan perkara yang sama, agama Islam, dan orang Melayu. Bukan untuk perjuangan yang menyimpang.

"DAP, peduli apa. Dia bukan untuk perjuangan orang Melayu," katanya sambil Ismail meminta beliau berhenti bagi mengelakkan jawapan meleret-leret.

Semalam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menolak kemungkinan partinya membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno tetapi bersedia bertemu anggota kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia, kata Hadi , untuk menyatakan kebimbangan berhubung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), nilai ringgit yang merudum serta masalah perumahan.
Menurut Hadi, pertemuan yang dilakukan bersama pemimpin BN sebelum ini berkisar isu rakyat dan bukan mengenai kerjasama politik.-Malaysiakini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger