Home » » Amanah Pasir Salak Terima Kemasukan Tokoh - Tokoh

Amanah Pasir Salak Terima Kemasukan Tokoh - Tokoh

Written By Wadah Baru on Selasa, 27 Oktober 2015 | 4:13 PTG

Oleh KHAIROL FIKRI AMIN

Sebaik sahaja Parti Amanah Negara (Amanah) dilancarkan secara rasmi tempoh hari, parti Islam baharu ini telah berjaya menarik perhatian serta minat masyarakat.

Diperingkat Amanah Kawasan Pasir Salak, di peringkat awal penubuhan Amanah, sebelum itu Gerakan Harapan Baru, hanya beberapa orang sahaja penggerak yang menyatakan kesudian untuk membantu menggerakkan entiti baharu ini.

Kini Amanah Kawasan Pasir Salak berada di tahap yang cukup bersedia untuk menjadi satu wadah baru menggalas harapan ummah dengan pendekatan yang lebih progresif dan inklusif selaras dengan kehendak semasa.

Kami telah menerima kemasukan beberapa tokoh-tokoh yang dikenali serta dihormati oleh masyarakat setempat.

1. USTAZ DRS ISHAK SHAARI
Beliau adalah bekas calon PAS Dewan Negeri Kampung Gajah dan pernah memegang banyak jawatan di semua peringkat di dalam parti itu. Ustaz Ishak merupakan tokoh yang sangat dikenali serta dihormati oleh masyarakat khususnya di Pasir Salak.

2. DR ANWAR ABDILLAH
Beliau adalah seorang tokoh akademik yang berkelulusan PhD dalam bidang pendidikan dan kini bertugas di Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). Anak kelahiran Labu Kubung ini komited untuk membantu menggerakkan Amanah diperingkat Kawasan Pasir Salak.

3. USTAZ SYAMSUL ALAUDDIN
Beliau menyertai Amanah sebaik sahaja melepaskan jawatan sebagai Setiausaha PAS Kawasan Pasir Salak. Tenaga pengajar agama itu sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Pasir Salak dan dilantik sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak. Ustaz Syamsul sering mengetuai penganjuran program-program kemasyarakatan terutama di peringkat kawasan Pasir Salak dan dikenai rapat oleh masyarakat setempat.

Parti Amanah Kawasan Pasir Salak sangat mengalu-alukan kemasukan secara aktif di peringkat kawasan ini dan diyakini tokoh-tokoh ini akan memberikan satu impak positif kepada wadah baharu ini.

Kami mengalu-alukan ke semua pihak tidak mengira latar belakang, kaum, bangsa mahupun kedudukan bagi sama-sama di dalam perjuangan Amanah yang berlandaskan Islam serta membawa konsep Rahmat Untuk Semua.

#HarapanBaru

KHAIROL FIKRI AMIN
Ketua Amanah
Kawasan Pasir Salak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger