Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional, Khalid Samad menegaskan, bukan sekadar Umno dan Pas sahaja parti politik yang mewakili orang Melayu dan penganut Islam di negara ini seperti yang digembar-gemburkan.
Menurutnya, AMANAH, Bersatu, PKR dan DAP juga dipimpin dan dianggotai ramai Melayu Islam sekaligus menjamin masa depan golongan majoriti rakyat berkenaan jika Pakatan Harapan (PH) diberi mandat menjadi kerajaan pusat.
"Bersatu, AMANAH, PKR bukan Melayu? Dalam DAP, 15 peratus daripada ahlinya Melayu Islam.
"Kalau lawan Umno-Pas menentang Melayu Islam. Ini satu hujah terdesak nak pertahankan Umno-BN guna sentimen Melayu Islam," ujarnya dalam ceramah Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Telok Emas, Melaka baru-baru ini.
Beliau berkata, kesedaran palsu bangsa dan agama yang dimainkan hanya untuk mempertahan rejim kleptokrasi sedia ada yang pada masa ini menyaksikan sejumlah fail mahkamah dibuka oleh banyak negara luar.
"Nabi pesan akan datang selepas diriku mereka adalah penipu, melakukan kezaliman. Maka sesiapa yang mengiyakan pembohongan mereka dan membantu mereka dalam kezaliman mereka, dia bukan daripada aku dan aku bukan daripada dia.
"Tapi sekarang ini tidak boleh (lawan) walaupun zalim sebab dia Melayu Islam, kena dipertahankan. Macam mana ni? Seolah-olah Umno-BN dan Pas sahaja Melayu Islam? Agama, bangsa diperalat untuk mempertahankan rejim yang zalim," bidasnya.
"Tidak boleh jatuhkan kerajaan Melayu Islam, haram kecuali kalau ditukar kepada Pas. Ini 'fatwa' baru. Terbaru ini, tidak boleh jatuhkan kerajaan Islam, nasihat dengan cara baik, jangan malukan dia (Umno).
"Itu hujah cara Umno dulu. Tiba-tiba parti lama saya bawa. Parti lama saya sudah tidak tentu. Kiri pun tidak, kanan, tengah pun tidak. Tidak tahu mana dia mahu pergi.
"Saya dengan Pas ini 32 tahun, lebih daripada separuh hayat cuba jadikan Pas parti yang bawa risalah Islam agar boleh diterima masyarakat umum.
"Jangan jadi parti Islam yang hanya tahu gaduh dengan bukan Islam sebab Islam ini untuk seluruh manusia," luahnya.
Tambah Khalid, Pas sebelum ini tetap pendirian dengan bertindak dalam usaha menentang ketidakadilan rejim Umno-BN bukan sekadar berdoa dengan berharap situasi menjadi lebih baik.
"Islam tidak ajar begitu (berdoa tanpa melawan). Seolah-olah ajaran Islam itu berdoa. Dulu parti lama saya tolak, sekarang bawa pula fahaman begitu," tegasnya lagi dalam program anjuran AMANAH Kawasan Kota Melaka itu.
sokong yb khalid.
BalasPadambg merekay g suka sebut DAP kafir harbi dll.. hati2 kerana akidah anda bisa bubar kerana melabel secara umum dap sebagai kafir sedangkan ada org2 islam didalamnya.
inilah doktrin taksub kepartian yg dianggap setaraf agama. kesesatan ini lebih bahaya kerana yg empunya diri berasa selesa dan benar dan yakin akan menjadi calon syurga hanya kerana mendaftar diri menjadi ahli parti agama.
insaflah penyokong pas.. mari bersama PH. islam anda tidak terjejas pun dgn meninggalkan pas.. sebuah parti atas nama agama yg didaftar dibawah system pilihanraya penjajah yg mereka tentang sendiri satu ketika dulu.