Home » » Peruntukkan yang jelas pun boleh dikatakan tidak jelas.

Peruntukkan yang jelas pun boleh dikatakan tidak jelas.

Written By Wadah Baru on Selasa, 20 Oktober 2015 | 1:13 PTG

Oleh YB MOHAMED HANIPA MAIDIN

Hari ini 19/10/2015 sidang Parlimen bermula. Dua orang Ahli Parlimen telah diperintahkan keluar dari Dewan iaitu Ahli Parlimen Puchong ( DAP ) dan Ahli Parlimen Segambut.

Parlimen juga meluluskan dua usul yang dibawa oleh Perdana Menteri iaitu Usul melantik ahli baru Jawatankuasa Pemilih dan pengerusi baru Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara ( PAC ) iaitu melantik Yb Rompin , Dato Hasan bin Arifin menggantikan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan bin Mohamed .

Saya bangun membahas usul Kerajaan mengenai PAC dan berlaku perdebatan yang hangat ( insya Allah video berkenaan ucapan saya akan dikongsi di sini insya Allah ).

Dalam perbahasan , saya membangkitkan perkara -perkara berikut

1. Usul Kerajaan tersebut adalah cacat kerana gagal menyatakan secara spesifik di bawah Aturan mana Peraturan Mesyuarat ( standing orders ) ianya dikemukakan. Saya menyatakan apabila usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen pembangkang gagal menyatakan di bawah Aturan mana ia dibawa ianya akan ditolak namun kenapa bila melibatkan usul Kerajaan ianya tidak ditolak .

2. Saya juga membangkitkan mengapakah Tuan Speaker mengarahkan penyiasatan yang dilakukan oleh PAC mengenai isu IMDB ditangguhkan atas alasan Pengerusi PAC telah dilantik sebagai Timbalan Menteri sedangkan berdasarkan Aturan 77 ( 3 ) Peraturan Mesyuarat, penyiasatan boleh diteruskan oleh Timbalan Pengerusi ( YB Tan Seng Giaw ( DAP ) selaku Timbalan Pengerusi ) . Penyiasatan itu ditangguhkan tatkala orang No 1 IMDB sepatutnya akan dipanggil memberi keterangan. 

3. Saya juga menyatakan Aturan 77 ( 3 ) terlalu jelas dengan ketidakhadiran ( in the absence ) Pengerusi PAC atau Timbalan Pengerusi PAC atas sebab kesihatan atau apa apa sebab sekalipun mana mana Ahli PAC boleh melantik salah seorang daripada mereka sebagai Pengerusi mempengerusikan mesyuarat PAC.

4. Saya menyatakan alasan Speaker bahawa ketidakhadiran Pengerusi PAC kerana dilantik sebagai Timbalan Menteri tidak termasuk dalam maksud di Aturan 77 ( 3 ) ia adalah alasan yang tidak betul di sisi undang -undang . Ini kerana Aturan 77 ( 3 ) menyatakan secara jelas perkataan " ketidkhadiran Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atas apa sebab sekalipun ( for any reason whatsoever )" maka ianya terlalu luas yang merangkumi ketidakhadiran Pengerusi atas apa alasan sekalipun iaitu antaranya kerana telah jadi Timbalan Menteri ( anggota PAC tidak boleh seorang Menteri )..maka Timbalan Pengerusi atau mana mana Ahli PAC boleh dilantik sebagai Pengerusi PAC untuk kendalikan mesyuarat di bawah Aturan 77 ( 3 ).

5. Saya kata" the language of Order 77 ( 3 ) is so clear" iaitu TImbalan Pengerusi boleh meneruskan penyiasatan ke atas IMDB . Dan saya juga menyatakan tidak ada dalam mana mana Aturan 77 yang membenarkan Speaker untuk menangguhkan mana mana persidangan PAC.

6. Speaker menyatakan beliau ada kuasa di bawah Aturan 100 untuk menangguhkan persidangan PAC jika peruntukkan di bawah Aturan 77 tidak begitu jelas dan terang, Saya jawab " Ya , benar Tan Sri sekiranya peruntukkan di bawah Aturan 77 tidak jelas, tetapi apa yang berlaku peruntukkan di bawah Aturan 77 adalah terlalu jelas maka Tuan Speaker tidak ada pilihan selain mematuhi Aturan 77 tersebut". Saya juga menyatakan meskipun keputusan Speaker adalah muktamad maka keputusan mesti dibuat dengan betul.

Rakyat dapat melihat bila melibatkan isu IMDB peruntukkan yang jelas pun boleh dikatakan tidak jelas.


YB MOHAMED HANIPA MAIDIN
MP Sepang - AMANAH

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger