Home » , » Amanah tidak tertekan calon Pas

Amanah tidak tertekan calon Pas

Written By Wadah Baru on Ahad, 29 Mei 2016 | 7:01 PTG


SAYONG - Parti Amanah tidak tertekan dengan calon wanita yang ditampilkan Pas pada PRK Parlimen Kuala Kangsar.

Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi berkata, calon wanita berkenaan bukanlah satu kejutan buat mereka kerana parti itu sudah menjangkakannya.

Katanya, Amanah akan tetap bertanding dan tumpuan mereka bersama-sama rakan dalam Pakatan Harapan adalah menumpaskan BN.

“Insya-ALLAH kita yakin menang... kita masuk (bertanding) kerana mahu menang bukan untuk menjadi penasihat dan suka-suka. Kita yakin mampu melakukan kejutan. Tidak mustahil untuk Amanah menang walaupun dengan majoriti tiga undi,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, mengenai calon Amanah, Asmuni berkata, beberapa calon telah disenaraikan dan mereka sudah pun memilih calon yang akan bertanding.

Beliau berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan nama calon lebih awal kerana Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan mengumumkan calon tersebut pada 1 Jun ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger