Oleh Tn Hj Ir Izham Hashim
① Saya
mengucapkan setingggi-tinggi syukur kehadrat Allah SWT diatas rahmat dan
hidayahNya, maka Gerakan Harapan Baru Negeri Selangor telah dapat
dibentuk dengan sempurna untuk terus membawa panji perjuangan politik
Islam, membela rakyat, menegakkan kebenaran dan keadilan untuk semua,
khususnya di Negeri Selangor.
② Gerakan Harapan Baru adalah
sebagai permulaan (prelude) kepada penubuhan sebuah parti politik baharu
yang berteraskan Islam yang akan diumumkan apabila proses penubuhannya
telah dapat disempurnakan nanti. Sehingga itu dapat dilakukan, HB
merupakan satu wadah yang bersedia menyahut seruan, tuntutan dan
kemahuan rakyat yang begitu kuat agar gerakan seperti ini diwujudkan.
Sokongan rakyat pelbagai kaum, masyarakat sivil, anak muda dan NGO
sangat baik terhadap gerakan ini.
③ Di peringkat Negeri Selangor, senarai kepimpinan Gerakan Harapan Baru adalah seperti berikut:
Penyelaras: Tn Hj Ir Izham B. Hashim
Timb Penyelaras 1: YB Saari B. Sungip
Timbalan Penyelaras 2: YB Hasnul B. Baharudin
Timb Penyelaras 3: Ahmad Idzam B Ahmad
Setiausaha: En Ar. Kamarul Hisham B. Hj Yeop Hashim
Penolong Setiausaha: En Zulfadzlee Shah B. Shaharudin
Bendahari: Tn Hj Mohamad B. Abd Rahman
Pengarah Komunikasi: Jamzuri B. Ardani
Pengarah P/Raya: Jaafar B.Shamsudin
Ketua Gerakan Anak Muda: En. Mohd Hilmi B. Radzuan
Ketua Gerakan Wanita: Pn Sazana Bt. Isa
AJK:
1. Ustaz Azrulkhakim B. Suradi
2. Ustazah Mariam Bt. Abd Rashid
3. Norhalim B. Sirome
4. Hj Anuar B. Tahir
5. Hj Shamsul Ma'arif B. Ismail
6. Khairul Basri B. M. Arif
7. Faridah Bt. Md Nor
8. Dr. Abdull Wahab B. Hassan
9. Mohd. Rayme Bin Abdul Rahman
10. Mohd Sany B. Hj Hamzan
④ Satu Majlis Pelancaran Gerakan Harapan Baru Negeri Selangor akan
diadakan bersekali dengan Majlis Jamuan Hari Raya pada 16hb Ogos 2015
(Ahad) di Dewan Teratai Seksyen 19, Shah Alam. Majlis akan bermula jam 7
malam. Majlis Pelancaran akan disempurnakan oleh Pengerusi Gerakan
Harapan Baru, Tn Hj Mohamad Sabu dan para pimpinan tertinggi HB di
peringkat nasional.
⑤ Pihak kami juga telah mengenalpasti para
aktivis kami di semua peringkat kawasan parlimen di negeri Selangor dan
kami tidak berdepan dengan sebarang masalah menubuhkan organisasi
gerakan massa ini di semua kawasan parlimen di negeri ini. InsyaAllah,
jentera dan persiapan telah siap sedia dibentuk sepenuhnya bagi
menyambut kelahiran parti Islam yang bakal ditubuhkan nanti dan
seterusnya membawa panji baru menghadapi PRU 14 bersama rakan-rakan
dalam gabungan pembangkang kelak.
⑥ Gerakan ini akan mengambil
pendekatan yang inklusif, progresif, demokratik, dan peduli rakyat. Kami
juga akan memberi fokus kepada usaha memberi penerangan, menjauhi
perbalahan dan permusuhan, meramaikan kawan, mengurangkan seteru, serta
memupuk budaya politik baru yang tegas dengan prinsip, namun
bersederhana dalam tindakan.
⑦ Semoga Allah merahmati perjuangan ini yang berhasrat mengukuhkan Islam sebagai rahmat untuk semua.
Amanah. Progresif. Peduli
Tn Hj Ir Izham Hashim
Penyelaras Gerakan Harapan Baru
Negeri Selangor
Penubuhan Gerakan Harapan Baru Negeri Selangor
Written By Wadah Baru on Ahad, 16 Ogos 2015 | 3:26 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan