Home » , » Bekas Exco Kedah isytihar bersama #HarapanBaru

Bekas Exco Kedah isytihar bersama #HarapanBaru

Written By Wadah Baru on Ahad, 16 Ogos 2015 | 3:14 PTG

Di dalam Majlis Jamuan Aidilfitri yang di anjurkan oleh ‪#‎HarapanBaru‬ Kedah dan Majlis Jamuan Aidilfitri yang di anjurkan oleh Keadilan Negeri Kedah 13.08.15, Ustaz Fadzil Hanafi mengisytiharkan bersama #HarapanBaru dan menyeru agar rakyat memberikan sokongan kepada #HarapanBaru.

Ustaz Fadzil Hanafi pernah bertanding di atas tiket BN menentang Almarhum Ustaz Fadzil Noor di DUN Bukit Raya (DUN Tokai). Pernah menjawat jawatan Exco Agama ketika zaman Datuk Seri Syed Razak menjadi Menteri Besar Kedah sebagai ADUN Tanjung Seri (DUN Alor Mengkudu).

Sebelum terlibat secara langsung di dalam politik beliau yang berkelulusan Universiti Al Azhar, Mesir pernah menjadi Pengerusi Forum Hal Ehwal Islam di RTM dan soal jawab kemusykilan Agama di dalam Radio RTM.

Semoga kemasukan beliau ke dalam #HarapanBaru dapat menarik lebih ramai penyokong Umno menyertai #HarapanBaru.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger