Ke Hadapan
YB Khairy Jamaluddin,
Menteri Belia dan Sukan,
SURAT TERBUKA KEPADA YB KHAIRY JAMALUDDIN DARIPADA PIMPINAN ANAK MUDA
Krisis 1MDB dan skandal kewangan negara sampai ke satu lagi tahap
apabila Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan bahawa
sememangnya wujud kemasukan sejumlah wang sebanyak RM 2.6 billion ke
dalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak. Namun begitu, apa yang menghairankan adalah wang sebanyak
itu dikatakan sebagai 'donation' atau sumbangan yang diberikan dari
Timur Tengah dan bukan dari wang 1MDB sebagaimana diumumkan baru-baru
ini.
YB Khairy Jamaluddin Yang Dihormati,
Sebagai golongan
anak muda bakal generasi pewaris negara, kami berasa terpanggil untuk
melahirkan kebimbangan kami berhubung skandal kewangan yang paling
dahsyat pernah berlaku dalam sejarah Malaysia. Justeru itu, kami ingin
menarik perhatian satu-satunya Menteri yang dikatakan mempunyai semangat
anak muda dan berperanan menjaga kepentingan belia dan anak muda
Malaysia iaitu YB Khairy Jamaluddin kepada beberapa perkara berikut:
1) Kami mendesak YB untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam
mempersoalkan isu berkaitan RM2.6 billion yang disahkan dimasukkan ke
dalam akaun peribadi YAB Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden
Parti UMNO yang mana YB sebagai Ketua Pemudanya.
2) Kami menggesa
supaya YB tidak lagi mengamalkan sikap mengambil hati dan
mempertahankan Presiden UMNO itu dengan kenyataan-kenyataan seperti yang
dibuat sebelum ini.
3) Kami menggesa YB supaya bersama-sama
gelombang anak muda yang sayangkan negara dengan menegur dan membetulkan
segala salah laku kerajaan dan Perdana Menteri sebelum nasi menjadi
bubur.
YB Khairy Jamaluddin Yang Dikasihi,
Sekiranya kami
melihat tiada tindakan proaktif dibuat oleh YB, kami menggesa supaya YB
meletakkan jawatan dari jawatan Menteri Belia secara terhormat. Hal ini
kerana sudah jelas YB gagal berperanan membawa suara anak muda dan belia
yang mahukan satu perubahan segera dalam kemelut yang melanda negara.
Kami yakin bahawa generasi anak muda sekarang sudah tidak mampu berdiam
diri dengan segala kemelut dan skandal yang sedang berlaku. Kami
bimbang anak muda akan bertindak lebih agresif seandainya kemelut ini
tidak diselesaikan segera.
"Selamatkan Malaysia, Hidup Rakyat!"
Kenyataan bersama:
1. Khairol Najib Hashim
(Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia)
2. Ahmad Fadhli Umar bin Aminolhuda
(Presiden Persatuan Undang-Undang Ahmad Ibrahim)
3. Wafiuddin Rosli
(Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM)
4. Rahmat Ikhsan bin Mohd Sofyan
(Timb.Presiden Ikatan Studi Islam UKM)
5. Hanif Mahpa
(Presiden MPP UIAM Gombak)
6. Mohd Abdul Muhaimin Zainol
(Presiden MPP UIAM Kuantan)
7. Mohamad Ammar Atan
(Pengerusi Gabungan Merdeka Rakyat)
8. Mohd Imran bin Md Ishak
(Presiden GAMIS)
9. Fahmi Zainol
( Penang Youth Organization/ Anak Muda Harapan Malaysia )
10. Muhamad Luqman Nul Hakim Zul Rezali
(Pengerusi Gerakan Mahasiswa Selamatkan Negara)
11. Deeba a/p kathisrasan (Pengerusi Pemuda Sosialis)
12. Muhammad Nazrul Hakim bin Md Nazir
(Ketua Koordinator Lensa Kampus, Lensa Anak Muda Malaysia)
13. Lau Yi Leong (Sekretariat Pentadbiran Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia, DEMA)
14. Bawani a/p Kaniapan (Penyelaras Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP))
15. Ahmad Saqif Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis
(Presiden Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak)
16. Azzan Aznan Bin Abdul Rahim
(Pengerusi WUFI)
17. Mustapha Kamal A Aziz
(Pengerusi Student Progressive Front UiTM)
18. Muhammad Syazmee Sapian (Pengerusi Pro-Mahasiswa Universiti Malaya)
19. Muhammad Shafiq ( Pengerusi Transformasi Mahasiswa UUM )
20. Nur Liana binti Abdul Latif
(Pengerusi Sister in Movement)
21. Tan Tian Lun (Naib Pengerusi SPF, UUM)
22. Muhammad Mus'ab bin Muzahar (Timbalan Presiden IKRAM Siswa)
23. Hafiz bin Zaaimuddin
(Timbalan Biro Mahasiswa AMK)
24. 'Asim 'Abdullah bin Ainullotfi (SUA IKRAM SISWA)
25. Atyrah Hanim Razali
(Pengarah Kluster Undang-undang Anak Muda Harapan Malaysia)
26. Zawani Syafiqah Zainal Bahrin
(Pengarah Kluster Alam Sekitar Anak Muda Harapan Malaysia)
27. Jefry Bin Musa (Serikat Mahasiswa)
28. Luqman Tarmizi (Mahasiswa Progresif- SISPRO)
P/S - Kenyataan dan surat ini dibuat oleh beberapa Pimpinan Anak Muda
Universiti atas kapasiti individu dan tidak mencerminkan pendirian rasmi
Persatuan-Persatuan
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan