OLEH KC NAZARI
Seruan
agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus kekal memimpin negara
demi memastikan kemenangan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) akan memudaratkan negara, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Parti
Amanah Negara (Amanah) Khalid Samad.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, prestasi buruk Najib membahayakan
ekonomi selain mendakwa taktik melaga-lagakan keharmonian kaum yang
diguna Umno demi kekal berkuasa mengancam keharmonian kaum di negara
ini.
"Saya secara peribadi tidak setuju dengan pendekatan menyimpan perdana
menteri ini yang secara perlahan-lahan tetapi pasti akan merosakkan
semata-mata bagi memberikan kelebihan kepada kita dalam pilihan raya
umum akan datang.
"Cara mereka (Umno) menggunakan politik perkauman di bawah Najib
sekarang, kita mungkin akan bercakaran sesama sendiri menjelang pilihan
raya umum akan datang.
"Rizab negara kita mungkin tinggal separuh dan hutang negara mungkin meningkat 2 kali ganda pada masa itu.
"Saya tak fikir dia patut kekal walau sehari lagi sekalipun. Kalau
semalam kita boleh singkirkan dia, kita sudah patut berbuat demikian,"
kata bekas pemimpin PAS itu pada sesi soal jawab selepas majlis makan
malam meraih dana Amanah di Dewan Kuil Thean Hou di Kuala Lumpur, malam
tadi.
Sementara
itu, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang turut berucap sebelumnya
merayu orang ramai memberikan gabungan pembangkang baharu yang dikenali
sebagai Pakatan Harapan sedikit masa untuk terus maju ke depan.
Menurutnya, pemimpin Pakatan Harapan sudah belajar daripada kesilapan
masa lalu apabila mereka dilihat kurang sepakat dan seringkali
mengeluarkan kenyataan berasingan mengulas sesuatu isu walaupun
pendirian mereka sebenarnya sama.
"Jika saya ini orang awam, saya akan katakan yang mereka ini semuanya
badut. Mereka semua sebenarnya menyatakan perkara yang sama iaitu Najib
itu teruk.
"Tidak bolehkah kamu sepakat dan keluarkan kenyataan bersama sepakat
yang Najib itu teruk," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
"Saya harap anda semua berikan kami masa. Saya tidak pernah lari
daripada kontroversi tetapi saya yakin inilah masa depan kita, ke arah
satu bangsa Malaysia yang sepakat.”
Amanah ramal tindakan kekalkan Najib untuk menang PRU14 mudaratkan negara
Written By Wadah Baru on Khamis, 8 Oktober 2015 | 3:11 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan