Home » , » Perketat peraturan Pakatan Harapan

Perketat peraturan Pakatan Harapan

Written By Wadah Baru on Selasa, 20 Oktober 2015 | 1:22 PTG

Oleh Abd Shukur Harun 


Pelbagai pihak di kalangan pendukung Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa supaya dibentuk segera Sekretariat dan Majlis Presiden Pakatan Harapan supaya persoalan dasar dan kaedah pengurusan perbezaan pandangan dapat ditetapkan untuk dipersetujui serta didukungi bersama.

Dengan terbentuknya sekretariat dan majlis Presiden, amalan bermusyawarah demi mencapai kata sepakat dalam menangani semua persoalan tetap adalah dasar yang perlu diamalkan.

Dengan kewujudannya juga akan memperketat disiplin dan peraturan pakatan harapan. Iaitu sesuatu yang dilihat longgar dalam pakatan dulu. Kalangan pendukung Amanah menyokong kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad mengenai peraturan ini.

Kenyataannya itu dikeluarkan berhubung dengan kenyataan PKR baru-baru ini untuk bersama memperkukuh pakatan. Bagi Amanah, kenyataan PKR itu menunjukkan sikap yang serius fokus kepada usaha pembinaan gabungan pembangkang yang kukuh dan bersatu demi menangani krisis ekonomi dan kepimpinan negara yang semakin mendesak.

Di sini Amanah berpendirian pembinaan gabungan pembangkang baru yang kukuh antara keutamaan ke arah penyelesaian krisis negara. Ini berpaksikan keyakinan kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu digantikan.

Oleh itu usaha ke arah menyatupadukan pembangkang tidak boleh dilengahkan. Rakyat ingin melihat satu gabungan pembangkang yang mampu berkerjasama dan sanggup mengenepikan perbezaan dalam usaha menyelesaikan krisis negara yang semakin meruncing.

Kenyataan Amanah itu mengharapkan semua pihak berusaha memantapkan setiap hendaklah komited kepada gabungan ini untuk mempastikan siapa kawan dan siapa lawan.

Oleh itu, Amanah mengesyorkan supaya segera dibentuk sekretariat dan majlis Presiden Pakatan Harapan supaya persoalan dasar bersama dan kaedah pengurusan perbezaan pandangan dapat ditetapkan untuk dipersetujui dan didukung bersama.

Inilah sebenarnya harapan tinggi pendukung Amanah, malah saya yakin ia dikongsi bersama oleh semua komponan dalam pakatan pembangkang yang baharu ini.

Penubuhan segera sekretariat dan majlis Presiden, itu akan berpungsi semua masalah dan perbezaan pandangan dapat diselesaikan di meja musyawarah. Dengan itu semua komponan parti dalam pakatan harapan akhirnya sebulat suara untuk menentukan dasar dan pelaksanaan dasar.

Kejayaan semuanya ini bergantung kepada kesediaan semua parti dalam pakatan harapan untuk menerima keputusan bersama mengenai dasar dan pelaksanaannya.

Setiap pemimpin diwajibkan hadir setiap kali mesyuarat kecuali uzur syarie dan tidak hanya diwakilkan kepada orang lain yang menyebabkan keputusan musyawarah peringkat tinggi itu tidak dapat berjalan lancar, atau tidak berkesan.

Inilah yang sangat perlu dielakkan. Tidak akan wujud di kalanggan komponen pakatan harapan merasakan ia lebih penting dari parti yang lain, atau keputusan pakatan boleh tidak diterima pakai di peringkat parti.

Ini kerana majlis Presiden yang akan ditubuhkan mesti meletakkan disiplin dan syarat bekerjasama di tahap paling atas. Semua parti dalam pakatan harapan mesti dalam kedudukan equal dan memikul tanggungjajwab bersama terhadap sesuatu keputusan yang diambil. Dengan disiplin dan komitmen yang tinggi saja maka saya kira pakatan harapan boleh survive dan mencapai matlamatnya menjadi pakatan pembangkang yang kuat untuk menentang BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Oleh itu, pada pendapat saya, disiplin ini mesti dipatuhi semua pihak supaya pakatan harapan tidak menemui kegagalan seperti apa yang berlaku dalam pakatan rakyat di penghujung usianya.

Tiga parti dalam pakatan harapan sekarang semestinya belajar dari kegagalan pakatan rakyat dihujung usianya, walaupun menunjukkan kejayaan cemerlang dalam 2 PRU yang lalu.

Kejayaan pakatan rakyat dahulu hasil sokongan pengundi pelbagai kaum hingga dapat menewaskan semua elemen perkauman yang sedang berkembang. Majoriti rakyat menyokong hingga ia mendapat undi popular 52 peratus dalam PRU yang lalu.

Pakatan harapan boleh mencapai kejayaan sama, bahkan lebih besar lagi jika ia terus mendapat sokongan rakyat. Maka itu, sokongan rakyat adalah paramount dan mesti diutamakan oleh semua parti dalam komponan pakatan baru ini.

Ia tentunya melebihi perhitungan parti mana yang lebih senior, lama dan besar. Ataupun tokoh mana yang lebih hebat dalam komponan pakatan harapan ini.

Setiap parti dan pimpinannya mestilah dalam kedudukan equal dalam pakatan baru ini dan setiap keputusan majlis Presiden mestilah dipatuhi sepenuhnya. Sementara itu, dengan pengundi luar bandar semakin mengecil jumlahnya di mana dalam PRU yang lalu tinggal sekitar 25% kerana perpindahan dan kematian.

Justeru pengundi bandar dan semi bandar akan mendominasi demografi pengundian dalam PRU akan datang. Perubahan ini tentu membawa trend yang berbeza dari masa lalu, pengundian tidak lagi dilihat dari sudut kaum. Maka parti politik yang masih berkhayal dan mengelus sokongan daripada kaum tertentu akan kecundang dalam PRU akan datang.

Di sinilah saya melihat Amanah iaitu sebuah parti berpaksikan Islam, tetapi terbuka kepada pelbagai kaum dan agama dapat diterima oleh pengundi pelbagai kaum. Sasaran Amanah untuk mencapai 100,000 ahli sehingga akhir tahun ini, berkemungkinan boleh dicapai.

Dengan kedudukan Amanah semakin kukuh, ia akan memberikan sumbangan penting kepada pakatan harapan. Dengan kukuhnya pakatan harapan maka membolehkannya berdiri gagah sebagai pakatan pembangkang yang mampu menggantikan BN dalam PRU akan datang.

Jika pakatan harapan tidak melakukan kesilapan maka rakyat akan memberikan sokongan, kerana itu mengekalkan sokongan rakyat sangat penting ~TMI

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger