Home » , » Mat Sabu: Saya turut bina PAS selama 37 tahun

Mat Sabu: Saya turut bina PAS selama 37 tahun

Written By Wadah Baru on Khamis, 12 November 2015 | 12:20 PTG

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu berkata beliau antara individu yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan yang dikecapi PAS kerana turut terlibat dalam membina parti itu sejak 37 tahun yang lalu.

Pada masa yang sama, bekas timbalan presiden PAS itu menepis tanggapan bahawa pemimpin AMANAH menumpang kekuatan dan kejayaan PAS sebelum ini, lapor Sinar Harian hari ini.
"Saya juga punca PAS kuat tetapi AMANAH tidak menumpang kekuatan PAS. Kita tak tumpang PAS, kejayaan PAS ini kejayaan bersama.

"Saya baru tinggalkan PAS empat bulan. Jadi selama ini, 37 tahun saya bina PAS, kejayaan PAS selama ini kami yang buat," katanya seperti dilapor akhbar itu.

Mohamad menjawab kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam yang dilapor menganggap AMANAH dilihat ingin menumpang kejayaan PAS meletakkan asas Islam dan membina Kelantan dan tiada keperluan untuk menukar kerajaan baru.

Ia ekoran kenyataan Mat Sabu bahawa AMANAH bersedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mohamad bersama sekumpulan bekas pemimpin PAS bertindak menubuhkan AMANAH selepas disingkirkan pada muktamar di Kuala Selangor pada Jun lalu dan menyaksikan kepimpinan parti itu dikuasai pemimpin pro-ulama.

Akhbar itu hari ini juga menyebut, Mohamad mengulangi bahawa parti itu mampu menggantikan PAS di negeri itu dan menegaskan AMANAH "tidak bermimpi" memandangkan sokongan hebat oleh rakyat di negeri itu.

Dalam laporan itu juga, Mohamad berkata PAS ketika ini "tidak seperti dahulu" menyebabkan beliau menubuhkan parti Islam yang baru

1 ulasan:

  1. titm--mat sabu tibai macam tu saja--bijak bukan mestinya ulamak--
    hikmah wajar di cari---pas kehilangan haluan politik--politik mesti meramai kawan---sungguh anih pas berkawan dengan musuhnya

    BalasPadam

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger