KUALA LUMPUR: Pas bersedia untuk menjadi penasihat keajaan Barisan
Nasional (BN) sekiranya kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak itu bersedia untuk mengubah dasar pentadbirannya.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, perjuangan parti
Islam itu kini adalah untuk mengubah dasar pentadbiran dan bukan
semata-mata mahu merebut jawatan atau tampok kepimpinan negara.
“Pas sedia menjadi penasihat dan pembantu sekiranya UMNO ubah dasar pemerintahan.
“Kita bukan gilakan kuasa atau mahu kuasai Putrajaya. Sekiranya mereka
enggan terima nasihat atau pandangan, barulah kita ambil pendekatan lain
iaitu ambil alih pemerintahan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian
Online.
Jelas Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia itu, Pas kini bukan mahu
menjatuhkan Perdana Menteri, tetapi hanya ingin memperbetulkan dasar.
“Kita sekarang mahu perbetulkan kerajaan, bukan mahu ikat kerajaan
atau berebut jawatan. Kita sekarang bukan mahu jatuhkan Perdana Menteri
tetapi mahu perbetulkan dasar yang dibawa,” jelasnya.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, beliau pada dasarnya bersetuju
dengan bantuan-bantuan yang diberi kerajaan terhadap rakyat, sebaliknya,
tidak bersetuju dengan cara pelaksanaan bantuan itu kerana didakwa
berlaku banyak kepincangan.
“Setuju dengan UMNO bukan bermaksud kita akan jalankan kerjasama
politik dengan mereka kerana Pas lebih selesa duduk di luar BN, bukan di
dalam BN malah kita tidak akan bergabung dengan UMNO.
“Sebagai langkah untuk perbetulkan kerajaan, Pas sedia menghantar
pasukan untuk berbincang dengan UMNO baik mengenai isu berbangkit
seperti GST, perumahan , kejatuhan ringgit dan sebagainya,” jelasnya.-FMT
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan