Home » » Sita Kedai Vape , Kerajaan Bermain Wayang Dan Hipokrit

Sita Kedai Vape , Kerajaan Bermain Wayang Dan Hipokrit

Written By Wadah Baru on Jumaat, 6 November 2015 | 5:48 PTG

OLEH SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN


Tindakan kemuncak kerajaan untuk terus menyita kedai vape sebagaimana yang telah dikeluhkan oleh “Haqim Arshad” dan telah viral di laman-laman sosial menunjukkan sikap ‘bermain wayang’ kerajaan terhadap anak muda dan rakyat secara keseluruhannya.

Bermula dengan fatwa pengharaman vape oleh mufti, kemudian sokongan terbuka Dato’ Seri Ismail Sabri terhadap pengguna vape, dan kini tindakan drastik untuk menyita kedai vape tersebut sebagaimana yang didakwa oleh Haqim Arshad, semua ini mengundang cemuhan anak muda dan rakyat yang meluat dengan tindakan kerajaan seolah-olah mempermainkan mereka.

Justeru Pemuda AMANAH menuntut kerajaan untuk berhenti bersikap hipokrit dalam isu vape ini. ‘Silent’ dengan fatwa mufti dan senyap-senyap menyita kedai-kedai vape hakikatnya bukan tindakan yang digemari rakyat. Kerajaan harus jawab dan bertanggungjawab!

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Naib Ketua (Politik)
Pemuda AMANAH Nasional

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger