OLEH ZULKIFLI SULONG
Kelahiran
parti serpihan Parti Amanah Negara (Amanah) mendedahkan kaedah PAS
untuk
memastikan pimpinan mereka untuk setia kepada parti Islam itu.
Salah satu daripadanya ialah baiah cerai taklik – sumpah dilafaskan
wakil rakyat PAS Kelantan beberapa tahun dahulu yang memerlukan mereka
menceraikan isteri sekiranya menukar parti.
The Malaysian Insider difahamkan, sumpah ini merupakan salah satu sebab
mengekang simpatisan Amanah di kalangan wakil rakyat PAS Kelantan
daripada menyokong parti serpihan itu secara terbuka.
Akan tetapi bekas kadi Kelantan percaya terdapat 3 cara untuk wakil
rakyat Kelantan membebaskan mereka daripada sumpah itu dan meninggalkan
PAS bagi menyertai parti-parti lain.
"Yang pertama melaksanakan cerai khul'ei iaitu isterinya memohon cerai
dari suaminya dengan membayar sejumlah wang kepada suami. Selepas suami
bersetuju, mereka boleh bercerai,” kata Che Ibrahim Mohamed kepada The
Malaysian Insider.
"Selepas itu, mereka boleh berkahwin semula melalui satu akad nikah
baharu tanpa diikat cerai talak 3 yang tidak boleh dirujuk (berkahwin)
semula.”
Umat Islam yang bercerai talak 3 tidak boleh rujuk semula (berkahwin
semula) dengan bekas isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin
dengan orang lain dan bercerai.
Che Ibrahim berkata, pendapat ini adalah popular di kalangan ulama
fekah Islam dan diterima Mazhab Shafie yang diamalkan di Malaysia.
Jalan keluar kedua, katanya, adalah dengan meyakini dan percaya lafaz
cerai taklik yang dilaksanakan mereka sebelum ini tidak sah kerana
mereka tiada niat untuk bercerai dengan isterinya ketika membuat lafaz
itu.
"Jika sumpah taklik itu tidak disertai dengan niat untuk bercerai
walaupun dilafazkan begitu, ia satu sumpah yang ‘lagha’ atau terbatal
dan tidak memberikan apa-apa kesan.
"Oleh itu, walaupun dia melanggar sumpah ini, dengan meninggalkan PAS, talak tidak jatuh ke atas isterinya.
"Ini pendapat 3 ulama besar iaitu Ibnu Hazmin, Ibnu Taimiyah dan Ibnu
Qayyim dalam kitab-kitab mereka dan diterima pakai undang-undang
keluarga Islam di Mesir," kata Che Ibrahim yang juga timbalan pengerusi
Amanah Kelantan.
Jalan keluar ketiga pula katanya, ialah dengan menerima pakai pendapat
lafaz cerai taklik ini dari awal lagi tidak sah dan haram.
"Ia bukan pendapat yang popular dan hanya diterima pengikut Syiah dan Az Zohiri," kata Che Ibrahim.
The Malaysian Insider dimaklumkan, antara 10 hingga 15 Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) PAS Kelantan menyokong Amanah tetapi tidak mahu
meninggalkan parti itu kerana sumpah ini dan beberapa isu lain.
Bagaimanapun, 2 bekas ahli Parlimen PAS, Datuk Kamarudin Jaffar
(Tumpat) dan Dr Mohamad Hatta Ramli (Kuala Krai) tetap mengambil
keputusan meninggalkan parti Islam itu.
Kamarudin menyertai PKR manakala Dr Hatta menyertai Amanah.
The Malaysian Insider masih mencuba untuk menghubungi kedua-dua bekas
pemimpin PAS ini untuk mengetahui apa pendekatan yang diambil bagi
melepaskan diri daripada lafaz baiah taklik itu.
Che Ibrahim percaya, kedua-duanya mengambil salah satu pendekatan di atas ketika membuat keputusan meninggalkan PAS
Bekas kadi beri 3 jalan keluar cerai taklik PAS untuk sertai Amanah
Written By Wadah Baru on Isnin, 4 Januari 2016 | 3:37 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan