Oleh Adam Abu Bakar
PETALING JAYA: Pemimpin dari Parti Amanah Negara (Amanah) didesak
agar tidak terlalu
kemaruk kepada undi sehingga berani mencampuri urusan
negara Brunei mengenai sambutan Krismas.
Penceramah bebas dan pensyarah, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Amanah mengenai sambutan
Krismas di Brunei itu pasti akan menyeronokkan ‘ultra kiasu’.
“Peliknya, Kristian di Brunei tidak terasa apa-apa pun. Kenapa kita gatal punggung?” tulisnya di akhbar Sinar Harian.
Mengulas lanjut, pendirian sesebuah negara haruslah dihormati atas
semangat kejiranan. Hal ini kerana sesuatu keputusan yang dilakukan
pasti akan ada justifikasi tersendiri.
“Tetapi, inilah orang politik, bila nampak sesuatu isu yang memberi
keuntungan politik atau undi. Semua mahu jadi jaguh kampung,” ujarnya.
Katanya lagi, tindakan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah
mengharamkan sambutan Krismas juga bukanlah sesuatu yang baru dan
pertama dilakukan.
Hal ini kerana banyak negara lain di dunia, termasuk negara bukan
Islam, yang tidak menyambut Krismas atau mengisytiharkan Krismas sebagai
cuti umum.
“Israel yang terletak berhampiran Gereja Nativiti, Bethlehem,
Palestin iaitu tempat kelahiran Nabi Isa A.S, pun tidak bercuti pada
hari Krismas.
“Negara bukan Islam yang tidak bercuti Krismas adalah Bhutan, China,
Jepun, Mongolia, Korea Utara, Laos, Rusia, Taiwan, Thailand dan
Vietnam,” ujar beliau lagi.
Tambah Ridhuan lagi, Brunei ‘mengharamkan’ sambutan secara terbuka Hari Krismas kerana khuatir ia boleh menyesatkan umat Islam.
“Umat Islam perlu menghindari perayaan bukan Islam kerana ia boleh
membawa kepada tasyabbuh (penyerupaan) dan menjejaskan akidah. Mungkin
ada yang berhujah, rapuh sangat iman umat Islam boleh terpengaruh dengan
santa claus.
“Ini bukan soal rapuh iman atau tidak. Ini negara mereka dan mereka
ada hak. Keadilan itu memberikan hak kepada yang berhak,” katanya.
Jelas beliau lagi, banyak percubaan yang telah dilakukan untuk
meliberalkan dan mengkristiankan negara Brunei, tetapi tidak berjaya.
“Kita sudah nampak bahaya di depan mata, tetapi terus biarkan, atas alasan unity in diversity. Siapa jadi mangsa?” katanya.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan