OLEH HUSIN MAHAT
Mohamad Razali Abdul Rahman yang mendakwa wujudnya hubungan Israel
dengan DAP bukanlah bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guan Eng malah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Setiausaha Agung
DAP itu, dedah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Sehubungan
itu, Kit Siang yang juga Ketua Ahli Parlimen DAP menyifatkan Abdul
Rahman tidak layak untuk disaman dan dibawa ke mahkamah tetapi lebih
sesuai untuk dimasukkan ke hospital mental.
Menjawab gesaan presiden Gabungan NGO Pro-BN, Zulkarnain Mahdar agar
DAP menyaman Abdul Rahman dan bukannya Pengarah Pusat Penyelidikan PAS,
Dr Mohd Zuhdi Marzuki berhubung dakwaan DAP ditawarkan RM1.2 bilion
sebagai balasan membenarkan Israel membina pangkalan tentera di Port
Dickson jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya
umum (PRU) lalu, Kit Siang mengakui tidak mahu membuang masa menjawab
gesaan itu.
"Apabila seseorang itu boleh berbohong tentang jawatannya dengan
mendakwa sebagai bekas pegawai khas Ketua Menteri sedangkan itu satu
pembohongan, kita boleh bayangkan sama ada beliau boleh dipercayai
apabila membuat dakwaan liar kononnya Israel menawarkan RM1.2 bilion
kepada DAP pada PRU lalu sebagai imbalan kepada pangkalan tentera laut
Israel di Port Dickson – sedangkan tiada seorang pun mengetahui rahsia
besar itu selain beliau," kata Kit Siang penuh sindiran.
Dakwaan hubungan DAP dengan Israel yang dibuat Abdul Rahman empat
tahun lalu kembali hangat apabila ia dibangkitkan kembali Dr Zuhdi dalam
tulisannya yang disiarkan media massa baru-baru ini.
Sehubungan itu, Kit Siang dalam ucapannya di majlis anjuran Parti
Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Jumaat lalu mengumumkan akan mengambil
tindakan undang-undang terhadap seorang 'ahli politik kanan' kerana
mengulangi dakwaan yang tidak berasas itu.
Dalam kenyataan media yang sama, Kit Siang turut mengecam Pemuda MCA kerana mempercayai dakwaan tidak berasas itu.
"Saya tidak menyalahkan MCA dan Pemuda MCA kerana menjadi tidak
relevan dan 'sesat' (dalam politik negara) kerana mencipta rekod menjadi
parti politik pertama di Malaysia yang majoriti ahlinya tidak mengundi
MCA dan Barisan Nasional dalam PRU," ujarnya.
Mohamad Razali bukan pegawai khas Guan Eng
Written By Wadah Baru on Selasa, 5 Januari 2016 | 2:30 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan