Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa kerajaan segera melakukan
persediaan bagi tujuan
semakan semula Bajet 2016 yang dilihat lari jauh
daripada sasaran pendapatan sebenar ekoran situasi semasa kejatuhan
harga minyak mentah dunia.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hal itu perlu
dilakukan jika harga minyak mentah global yang rendah itu berlarutan
atau menjunam seperti diramalkan pihak kewangan antarabangsa baru-baru
ini.
“Harga minyak mentah Brent sedang diniagakan pada paras AS$32 hingga
AS$36 setong diramalkan akan terus turun ke paras AS$20 setong oleh bank
pelaburan global, Goldman Sachs dan IMF (Dana Kewangan Antarabangsa).
“Andainya minyak mentah turun ke paras AS$20 setong maka pendapatan
kerajaan dari bayaran dividen Petronas akan terjejas teruk, sekaligus
menyebabkan defisit fiskal kerajaan yang sedang diturunkan ke paras 3.0
daripada 3.2 peratus KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) pada tahun 2015,
akan melonjak dua kali ganda ke 6.7 peratus KNDK.
“Ini adalah sangat munasabah sebab anggaran pendapatan dividen dari
Petronas dibuat dalam Bajet 2016 adalah pada harga AS$48 satu tong! Itu
pun kalau mengandaikan tidak ada Bajet Tambahan,” ujarnya ketika
dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berkata, ekonomi negara pula dijangka berdepan dengan
kemelesetan pada suku ketiga tahun ini dengan berlakunya penurunan nilai
ringgit berbanding dolar Amerika impak kejatuhan harga mintah mentah
global.
“Ini telah kami ramalkan, justeru kami mahu kerajaan pertingkat
kecekapan perbelanjaan dan tentukan keutamaan belanjawaan kepada sektor
penting dan kurangkan kos pengurusan seperti peruntukan di JPM (Jabatan
Perdana Menteri) yang diberi RM14 bilion.
“Ramalan dan prospek ekonomi sangat suram dan masalah persepsi
pelabur terhadap Malaysia masih gagal ditangani kerana isu RM2.6 bilion
dan RM43 juta masih belum digarap secara tuntas dan muktamad,” tegasnya.
golongan B40 sengsara
Sehubungan itu, Dr Dzulkefly menyifatkan tahun 2016 sebagai tahun
penuh mencabar dan sengsara kepada majoriti rakyat negara ini
lebih-lebih lagi golongan isi rumah 40 peratus berpendapatan terendah
(B40) yang juga penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“BR1M hanya tambah RM50 setahun ketika setiap hari nilai duit yang
jatuh ‘diragut’ melalui GST. Ibarat untung secupak, rugi seguni bukan
segantang. Walau apapun angka inflasi yang diberi oleh Jabatan Statistik
tentang CPI (Indeks Harga Pengguna), rakyat tahu segala kos sudah naik
menggila akibat GST (cukai barang dan perkhidmatan).
“Kenaikan kos pengangkutan awam seperti ERL, LRT, Komuter dan monorel
serta kenaikan kadar tol di 18 lebuhraya kesemuanya sedang menjerut
rakyat. Kejutan turut berlaku ketika membeli pakaian dan kelengkapan
untuk anak bersekolah. Harga semuanya naik mendadak belum lagi harga
ikan dan sayuran yang juga melambung,” ujarnya lagi.
Harga minyak jatuh: Kerajaan perlu semak Bajet 2016
Written By Wadah Baru on Selasa, 5 Januari 2016 | 2:34 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan