Parti Amanah Negara (Amanah) kini sudah sampai ke usia matang dan
bersedia untuk sebaris dengan parti lain di arus perdana, kata
Setiausaha Agungnya Anuar Tahir.
Beliau berkata, dengan 150 kawasan
dan 350 cawangan yang telah diluluskan, sejak parti itu ditubuhkan
setahun lalu, Amanah terbukti dapat diterima oleh sebahagian rakyat.
"Setelah genap setahun ini, kita menganjak ke alam kedewasaan dalam
politik negara, oleh sebab itu sukacita kita maklumkan keberadaan kita
dalam politik negara sudah sampai usia matang.
Anuar Tahir"Jadi
kini kami (Amanah) sudah benar-benar bersedia untuk menjadi parti utama,
parti politik arus perdana dalam negara kita," katanya dalam sidang
media diadakan di ibu pejabat parti itu pagi tadi.
Sempena
setahun penubuhan Amanah, parti itu akan mengadakan majlis makan malam
yang akan berlangsung di Kelab Alumni Universiti Malaya pada 17
September ini.
Dijangka akan diharidir oleh semua pimpinan parti dan penyokong yang akan dijemput untuk meraikan bersama pada hari tersebut.
Beliau yang juga merupakan pengerusi sambutan setahun Amanah berkata,
pihaknya juga akan membuat sambutan kemuncak parti itu pada 24
September ini di Muar Johor.
"Pelbagai aktiviti akan diadakan di
Kompleks Y Square Hall, Lebuh AMJ Sungai Abong akan berlangsung pada
jam 7 pagi berakhir 12 malam," katanya.
Amanah yang diasaskan
oleh Mohamad Sabu, bekas Timbalan Presiden Pas yang meninggalkan parti
itu bersama-sama beberapa bekas pimpinan Pas lainnya.
Parti ini
didaftarkan sebagai parti Pekerja-Pekerja Malaysia dan kemudiannya
dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara dan dilancarkan pada 16
September 2015.
Amanah ketika ini mempunyai enam Ahli Parlimen yang sebelum ini menang selepas bertanding atas tiket Pas.
Amanah sudah matang untuk berada di arus perdana
Written By Wadah Baru on Selasa, 23 Ogos 2016 | 4:15 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan