Home » , » Keluar Atau Di Pecat ?

Keluar Atau Di Pecat ?

Written By Wadah Baru on Sabtu, 4 Mac 2017 | 1:28 PTG

Oleh  Hasbie Muda

1. Timbul persoalan sama ada pada tahun 1977 dulu PAS keluar dari BN atau PAS dipecat dari BN.

2. Selepas menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan pada tahun 1973, PAS kemudiannya bersetuju membentuk dan menyertai Barisan Nasional (BN) yang menggantikan Perikatan. PAS juga telah bersetuju untuk bertanding menggunakan tiket BN dalam PRU 1974.

3. Hubungan PAS dalam BN berkocak apabila timbulnya krisis kepemimpinan di Kelantan yang membawa kepada pengisytiharan Darurat pada tahun 1977. Sewaktu Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 dibentangkan di Dewan Rakyat, 11 daripada 14 ahli-ahli parlimen PAS mengundi menentangnya. 2 daripadanya iaitu Ustaz Hassan Adli Arshad dan Ustaz Lukman Abdul Kadir mengundi menyokongnya manakala Haji Yusuf Rawa yang dilantik sebagai Duta Malaysia ke Iran tidak hadir sidang tersebut.

4. Sebagai salah sebuah parti komponen BN, PAS tertakluk dengan semua peraturan yang ditetapkan oleh BN. Fasal 14 Perlembagaaan Barisan Nasional 1975 menyebut bahawa Dewan Tertinggi mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib, memecat atau menggantung mana-mana parti anggota yang mengambil tindakan yang bertentangan dengan Barisan Nasional.

5. Sidang Dewan Tertinggi BN yang diadakan pada 5 Disember 1977 memutuskan bahawa PAS perlu memecat semua 11 ahli parlimennya itu atau jika sebaliknya, PAS akan terpecat secara automatik daripada BN. PAS memilih untuk tidak memecat 11 ahli parlimennya justeru PAS secara automatiknya keluar daripada BN.

6. Secara teknikalnya jelas bahawa PAS yang memilih untuk keluar daripada BN. PAS tidak dipecat tetapi dengan memberikan arahan untuk memecat 11 ahli parlimennya yang mana Presiden PAS Dato' Asri Muda adalah salah seorang daripadanya, adalah sangat jelas bahawa PAS telah 'dihalau' secara halus.

7. Sama juga dengan apa yang menimpa bekas-bekas pimpinan PAS yang keluar parti dan menubuhkan AMANAH. Mereka tidak dipecat atau ditendang keluar tetapi beberapa tindakan yang dilakukan terhadap mereka adalah cara halus untuk menghalau mereka keluar. Budaya fitnah yang berleluasa, insiden pijak gambar depan pejabat agung parti, doa laknat dibaca dalam Muktamar, budaya boo, label-melabel dalam program rasmi parti serta pelbagai lagi kaedah untuk menghalau mereka keluar secara halus. Tambah parah apabila Presiden hanya dilihat berdiam diri malah mengalu-alukan sesiapa yang mahu keluar parti dan menubuhkan parti baru.

8. Ia sama seperti seorang majikan yang tidak memecat pekerjanya tetapi dengan mem'peti-sejuk'kan pekerja, jelas ia suatu kaedah memecatnya secara halus.

9. Politik tidak boleh dibaca selapis.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger