Oleh Arif Atan
Hangat ekoran kemesraan Presiden PAS dan Presiden Umno duduk sepentas
berpakaian sedondon di
Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar akhir tahun
lalu, keputusan berhubung kerjasama Umno-PAS dijangka
akan dimuktamadkan, Sabtu ini.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi
memberitahu demikian ketika dihubungi Malaysia Dateline petang ini dan
menegaskan hal berkenaan tidak harus lagi dibangkitkan.
“Sebelum ini saya dah respon beberapa kali dalam isu yang sama.
Rasanya tak perlu diulang. Tunggu kenyataan Presiden PAS Sabtu ini,”
ujarnya yang juga anak kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sementara itu, istiqamah dengan tidak menyertai BN, Ketua Penerangan
PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya mematuhi keputusan
mesyuarat Majlis Syura Ulamak, 2 Januari lalu.
“Memadai sudah dengan kenyataan MSU (Majlis Syura Ulama). Kami follow
yang itu,” ujarnya ringkas ketika dihubungi Malaysia Dateline melalui
aplikasi WhatsApp pagi tadi yang turut melampirkan kenyataan media
Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh.
Ditanya lanjut mengenai reaksi Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat
Jahaya yang menyambut baik keputusan Majlis Syura untuk bekerjasama
dengan Umno dalam perkara kebaikan termasuk mengukuhkan Islam, beliau
bagaimanapun enggan mengulas.
Pakat pilihan raya
Dalam hal berkaitan, Setiausaha BN Kelantan, Datuk Hanafi dilaporkan
berkata, kerjasama tidak membawa erti sekiranya tidak berakhir dengan
berpakat dalam pilihan raya.
Ujarnya, Umno sejak dulu konsisten tidak tamak untuk berkongsi kuasa sebaliknya sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak.
Menyifatkan parti-parti politik tidak perlu membuang masa berpolemik
hal kerjasama jika gagal untuk bersama dalam pilihan raya, Hanafi
berkata, BN Kelantan tiada masalah dengan keputusan PAS yang tidak akan
menyertai BN.
Malaysia Dateline hari ini melaporkan reaksi Fathul Bari yang
berkata, kerjasama Umno-PAS tidak semestinya perlu dimulakan melalui
kerjasama politik.
Beliau menganggap kerjasama kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu
sudah terjalin sekiranya salah satu daripada dasar perjuangan utama
Umno yang meletakkan kepentingan bangsa, agama dan raja Melayu dipenuhi.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan