Home » , » Umno setuju kerjasama dahulu, politik kemudian

Umno setuju kerjasama dahulu, politik kemudian

Written By Wadah Baru on Khamis, 7 Januari 2016 | 3:28 PTG

Oleh DALIA ISMAIL

Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS mahu bekerjasama dengan Umno untuk memperkukuhkan Islam adalah keputusan yang positif bagi membolehkan kerjasama politik terjalin kemudian hari.

Exco Pemuda Umno Dr. Fathil Bari Mat Jahaya berkata, tidak semestinya kerjasama Umno-PAS itu perlu dimulakan dengan kerjasama politik semata-mata.

Ini kerana, katanya dasar Umno yang meletakkan kepentingan bangsa, agama dan raja Melayu sebagai perjuangan utama parti.

"Jadi kalau salah satu daripada dasar itu dipenuhi maknanya sudah terjalinlah kerjasama itu.

"Jika majlis syura PAS hanya mahu jalin kerjasama mengukuhkn Islam sahaja, kita harus sambut baik walaupun tak mahu sentuh hal-hal politik.

"Saya juga sudah katakan hal kerjasama ini dalam tulisan saya sebelum ini, kedua parti perlu mulakan kerjasama dari sudut kepentingan umat Islam terlebih dahulu dan soal politik itu pastinya akan berlaku kemudian.

"Ini kerana hal-hal berkaitan umat Islam hanya akan terbela dan terpelihara sekiranya salah satu pihak ada 'political will' utk membina idea, mlaksana idea atau menambab baik sesuatu isu berkaitan kepentingan umat Islam," ujarnya ketika dihubungi

Fathul Bari juga menegaskan, agak sukar bagi dua parti itu untuk meletakkan asas 'politik' bagi tujuan kerjasama walaupun dalam tujuan pilihan raya.

"Biarlah kita bekerjasama dalam hal-hal menyentuh kepentingan umat Islam," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger