Bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Datuk Kamarudin Md Nor hari
ini menghantar surat berhenti menjadi ahli kepada Setiausaha Agong Umno
sekaligus menguatkan desas-desus beliau akan menyertai Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM).
Surat satu perenggan itu dihantar ke Ibu Pejabat Umno Malaysia di Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.
"Saya menulis surat ini untuk memaklumkan kepada YB Dato' Seri selaku
Setiausaha Agong Umno bahawa mulai hari ini saya telah keluar dari Umno
dan telah berhenti menjadi ahli parti tersebut.
"Keputusan ini saya ambil dengan fikiran yang waras dan tanpa ada
paksaan daripada sesiapapun," kandungan surat bertarikh 9 September 2016
itu dipetik.
Selain mengetuai Umno Bahagian Pasir Puteh,
Kamarudin juga ialah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerak,
bekas Setiausaha Agung Abim dan bekas Setiausaha Agung WAMY (World
Association of Muslim Youths) Asia Pacific yang beribu pejabat di Qatar.
Bekas menteri kabinet kelahiran Kelantan, Datuk Zaid Ibrahim baru-baru ini mendedahkan kemungkinan Kamarudin menyertai PPBM.
PPBM dan Amanah yang dipimpin Datuk Husam Musa kata Zaid, mampu
mengambil alih Kelantan daripada Pas yang disifatkannya sebagai 'parti
yang tidak lagi berguna'.
"Parti Bersatu di bawah Kamaruddin Mat Noor, Dr Zayadi Awang Noh dari
Bachok dan Sazmi Miah dari Machang misalnya, boleh bekerjasama dengan
Datuk Husam dan merampas Kelantan dari parti yang tak berguna ini.
Selamat berjuang!" tulisan Zaid dipetik.
Bekas ketua Umno Pasir Puteh keluar parti, dijangka sertai PPBM
Written By Wadah Baru on Jumaat, 9 September 2016 | 10:28 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan