Oleh Mohd Sayuti Omar
Tanggal 13 Disember, esok memuktamadkan persefahaman antara
parti-parti dalam Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM). Pada tarikh itu majlis presiden parti gabungan Pakatan Harapan
terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah akan bermesyuarat. Ia dijangka akan
mengumumkan penyertaan secara rasmi PPBM bersama Pakatan Harapan.
Dengan penyertaan PPBM itu maka absahkan komponen menggantikan Pakatan
Rakyat itu menjadi saingan utama BN dam piraum akan datang. PH akan
bermaufakat sesamanya memastikan akan berlaku satu lawan satu antara PH
dengan BN.
Sebelum ini PPBM khasnya Muhyiddin Yassin berusaha untuk membawa sama
Pas ke dalam gabungan itu, tetapi nampaknya gagal. Semasa berucap
merasmikan ibu pejabat PPBM Kedah dua malam lalu, bekas TPM itu
membayangkan akan rasa kecewanya dengan Pas. Muhyiddin tidak mendedahkan
kesulitaan itu tetapi nadanya menjelaskan rasa kecewa.
Katanya Pas memberi berbagai-bagai alasan untuk
bersama dan ia menunjukkan alasan itu sebagai keengganan Pas bersama
pakatan itu. Pas memberi syarat kalau mahu bersamanya PPBM perlu melupai
DAP dan Amanah. Syarat itu terlalu berat bagi PPBM ia ia seakan sengaja
dilakukan untuk tidak bersama PPBM. Syarat itu samalah dengan apa
diberikan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Ahmad.
Syarat itu besar untuk dipatuhi PPBM. Dan dalam congakan PPBM daripada
bersama sebuah parti elok kalau mereka bersama tiga buah parti. Dengan
berlangsung majlis presiden PH esok itu, ia juga diharap akan
menyelesaikan sama masalah PKR khasnya di Selangor yang kelihatan masih
belum solid untuk bersama PH sebalik masih merindui Pas.
MB Selangor Azmin Ali dilihat sukar untuk membuat keputusan dan seperti
sudah berbelit dengan politik cara Pas. Gara-gara sikap Azmin yang
seolah-olah telan mati emak dan luah mata bapak dengan Pas itu
menyebabkan beliau dikritik oleh kalangan PKR sendiri. Orang melihat
Azmin menggoreng berangan di Selangor kulit tidak hagus tetapi isu
masak.
Amanah juga tidak senang dengan cara politik Azmin yang dilihat lebih
menjaga keutuhan kerajaanya daripada memadukan ikatan pembangkang. Azmin
lebih mementingkan diri daripada kepentingan bersama. Tarikh 13
Disember, hari pemuktamadan atau deadline diberikan kepada Pas itu juga dilihat sebagai tarikh dan masa terakhir juga untuk Azmin.
Sekira Azmin masih menunjukkan minat dan kasih kepada Pas mungkin dia juga akan ditentang dan dibelasah.
Apabila PKR membuat pendirian untuk bersama DAP, Amanah dan PPBM ia
seharusnya akan diikuti sama oleh Azmin. MB itu tidak wajar lagi untuk
bermain cubit-cubit paha dengan Pas. Sebaiknya beliau juga mengambil
sikap tegas tentang kedudukan Pas dalam kerajaan Selangor. Jika Azmin
hendak mengenang budi, beliau juga harus menilai sama budi orang lain.
Minali kena ingat keuntuhan kerajaanya di Selangor bukan sahaja bergantung kepada Pas, tetapi ia juga dikemaskan juga oleh DAP.
Apabila keputusan dibuat nanti, dan mengesahkan bahawa Pas tidak akan
bersama, semua pihak hendaklah jangan bercakap lagi fasal Pas. Jangan
ada lagi orang menaruh harapan kepada Pas. Parti agama itu perlu
dilepaskan bebas bagaikan merpatih putih yang dijadikan lambang
perdamaian tanpa dipipihkan apa-apa lada.
Biarlah Pas pergi dan membawa dirinya sendiri. Sikap, pegangan politik
dan strategi Pas hendaklah dihormati. Dengan terus menyebut nama Pas
sama ada baik atau tidak, bermakna kita tidak dapat melepaskannya dari
hati kita. Selagi ia masih dalam diri kita maka selama itu Pas menjadi
bayangan menakutkan.
Bayangan itu perlu dilepaskan. Jangan ada lagi selepas ini perasaan
sayang atau pun perkiraan-perkiraan yang mendesahkan kita, misalnya
seandaianya Pas bersama, BN akan jatuh dalam piraum akan datang. Semua
pendokong parti PH kena yakin diri sendiri bahawa mereka akan dapat
memberi cabaran kepada BN walaupun tanpa Pas, atau pun sekiranya Pas
bersama Umno sekalipun. PH perlu membuat keyakinan dan kekuatan sendiri.
Jangan jadikan Pas sebagai hambatan.
Dalam perjuangan, tidak elok mengenangkan kepada sesuatu yang hilang
atau pun yang tidak mungkin menjadi milik kita nanti. Selepas tanggal 13
Disember jangan ada lagi komen dan ulasan atau apa-apa singgungan
terhadap Pas
Pakatan Harapan tidak perlu lagi bercakap fasal Pas
Written By Wadah Baru on Isnin, 12 Disember 2016 | 1:19 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan