Home » » ''Dedak'' ni amat - amat bahaya

''Dedak'' ni amat - amat bahaya

Written By Wadah Baru on Ahad, 16 April 2017 | 10:54 PG

' Dedak ni bahaya....sumbat ke mata, BUTA. Sumbat ke telinga, PEKAK. Sumbat ke mulut, BISU. Sumbat ke hidung, MAMPUS!'.....

antara kata kata Tun Dr Mahathir dalam ucapannya di Jelajah Semarak Kasih Felda malam tadi.
Sekitar dua ribu penduduk yang kebanyakannya warga Felda berdekatan hadir di Kg Logah(berhampiran Felda Medoi), Segamat malam tadi.

Alhamdulillah, sambutan yang sangat memberangsangkan, khususnya gen 2. Bukan sahaja dalam khemah, tapi juga di tepi2 jalan, mereka sanggup berdiri mendengar ucapan Tun selama 45 minit hingga selesai.

Seorang bekas pengurus Felda memaklumkan kepada saya, ramai pengurus2 Felda yang hadir termasuk JKKK dan Ketua2 Blok. Aura Tun Mahathir begitu kuat, kata beliau.

 Masyarakat Felda sangat marah dengan situasi buruk di Felda. Betul kata Tun, ' Najib dan Isa Samad ni, kepala penyamun, perompak, penipu, pencuri, duit Felda, kata bekas Pengurus ni lagi dengan nada marah.

Turut hadir, YB Aminolhuda, Sdr Hassan Karim, YB Khoo(SU DAP Melaka) dan Uzzir Ismail.
Moga mood perubahan akan terus berkekalan hingga ke peti undi, InshaAllah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger