Home » , » 'Sifir' ketua PAS Perak tawan Putrajaya meresahkan

'Sifir' ketua PAS Perak tawan Putrajaya meresahkan

Written By Wadah Baru on Khamis, 13 April 2017 | 8:49 PG

Kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak di Facebook hari ini menarik perhatian Rafizi Rami, kerana dianggap membayangkan harapan pemimpin parti terbabit untuk membentuk kerajaan "Melayu Islam Nusantara"

Kata Rafizi, perkongsian oleh Razman Zakaria itu menimbulkan keresahan ramai kerana ia mengesahkan kebimbangan sebahagian besar rakyat Malaysia bahawa ada anasir dalam PAS masih berangan-angan untuk bergabung dengan Umno - sama ada secara langsung atau melalui muslihat halus - dan mengambil alih Putrajaya.

Naib presiden PKR itu bekrata, kebimbangan itu juga semakin kuat kerana status Razman itu selaras dengan pengumuman pemimpin PAS yang bercadang bertanding di 80 kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Apabila ditambah dengan ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri yang menjadi tular sebelum ini mengenai keinginan PAS menguasai 5 buah negeri dan membenarkan Umno berkuasa di negeri-negeri lain; kepimpinan parti itu tidak lagi boleh mengabaikan kerisauan rakyat mengenai sikap mereka kepada Umno," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Status Razman dirujuk Rafizi itu memaparkan 'sifir' pemimpin PAS terbabit untuk mereka menguasai kerajaan pada PRU ke-14 nanti.

Menurut Razman, melalui "Gagasan Sejahtera" - merujuk kepada blok ketiga dibentuk PAS - parti itu menguasai 80 kerusi parlimen, ditambah dengan 40 daripada Umno, dan 45 lagi dari parti di Sabah dan Sarawak, mereka akan membentuk kerajaan dengan presiden menjadi perdana menteri.

Berterus teranglah kepada rakyat

Untuk makluman, selain menjadi pesuruhjaya di Perak, Razman ketika ini adalah anggota Jawatankuasa Pusat PAS.

Malaysiakini sudah menghubungi Razman dan masih menunggu reaksi beliau terhadap kenyataan Rafizi.

Kata Rafizi, jika status mengenai perkongsian itu ditulis oleh seorang ketua cawangan PAS, ia mungkin tidak perlu dihiraukan sangat kerana boleh dianggap picisan.

"Namun, apabila ia dikongsi secara terbuka oleh seorang pesuruhjaya di sebuah negeri penting yang ingin dikuasai oleh PAS seperti diumumkan presidennya, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menimbulkan perkara itu bagi mendapatkan jawapan yang jelas," katanya.

Justeru, kata anggota parlimen Pandan itu, perkongsian status Razman itu menimbulkan suasana mendesak kepada PAS Pusat membuat pendirian rasmi mengenai kemungkinan wujud kerjasama mereka dengan Umno.

"Jika benar PAS mempunyai strategi untuk bekerjasama dengan Umno (sama ada secara terang-terangan atau halus), maka berterus teranglah kepada rakyat dan PKR supaya mudah untuk rakyat menghakimi parti-parti politik di peti undi nanti.

"Jika PAS langsung tidak berniat sedemikian dan perkongsian Pesuruhjaya PAS Perak itu hanya strategi peribadi beliau, maka wajarlah beliau diambil tindakan segera kerana angan-angan beliau itu boleh mendatangkan fitnah yang besar kepada PAS," katanya.

Sementara itu ketika memberikan reaksinya kepada Rafizi, Razman menganggap pemimpin PKR itu sebagai "orang yang tiada pendirian (tetapi) minta pendirian".

Katanya, pada PRU ke-14 nanti, PAS tidak akan bersama dengan DAP atau Parti Amanah Negara (AMANAH), juga mana-mana parti yang ada hubungan dengan kedua-dua pertubuhan berkenaan.

"Macam mana (situasi) semudah ini (Rafizi) pakar fitnah boleh tak faham? Orang yang tiada pendirian minta pendirian....." katanya di Facebook.

1 ulasan:

  1. Kenapa Rafizi kecut telor ni. Mari kita talkin kan pekatan harapan terutama si sotong

    BalasPadam

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger