Home » , » " PAS tawan Parlimen Permatang Pauh"

" PAS tawan Parlimen Permatang Pauh"

Written By Wadah Baru on Isnin, 17 Julai 2017 | 10:14 PG

Oleh Sulaiman Ibrahim

Saya terpanggil untuk menulis sedikit berkenaan kejayaan PAS membuat perasmian jentera pilihanraya di Permatang Pauh semalam.

Apa yang sy dapat lihat disini ialah hanya mampu tersenyum dengan penulisan Naib Presiden PAS iaitu Ustaz Idris mengatakan bahawa " PAS tawan Parlimen Permatang Pauh".


Amat menyedihkan apabila perkataan tersebut ditulis hanya sebagai retorik politik sedangkan umum amat mengetahui bahawa jika ahli PAS sahaja yang mengundi ianya tidak akan mampu menang tanpa gabungan dari rakan2 pembangkang yang lain.

PAS pernah memboikot dengan tidak membenarkan ahli2nya mengundi pada PRK Permatang Pauh yang lepas semasa Kak Wan bertanding semula bagi pertahankan kerusi Parlimen tersebut.

PAKATAN masih menang walaupon tanpa undian dari ahli PAS .

Adalah sangat angkuh dan riak mengatakan PAS boleh menawan Parlimen tersebut.Apa yang sy lihat dari sudut statategi politik ianya hanyalah memberi kekuatan kepada BN/UMNO bagi mengurangkan pengaruh sokongan kepada pembangkang menjelang PRU14 kelak.

PAS tidak akan menang walaupon 1 kerusi di pulau Pinang melainkan mereka membuat perjanjian dengan UMNO untuk bergabung

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger