Home » , » ‘Najib tiada keberanian untuk pecat Muhyiddin, Shafie’

‘Najib tiada keberanian untuk pecat Muhyiddin, Shafie’

Written By Wadah Baru on Rabu, 9 September 2015 | 8:57 PTG

Oleh Alyaa Alhadjri

Najib Razak “tidak akan berani” untuk memecat timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin dan naib presiden Shafie Apdal dalam mesyuarat majlis tertinggi parti itu hari ini, kata seorang bekas pemimpin akar umbi Umno.

Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan berkata, perdana menteri akhirnya akan menyingkirkan para pengkritiknya, namun tindakan drastik itu masih boleh dilakukan pada mesyuarat yang seterusnya.
“Kini mereka (ahli majlis tertinggi Umno) tidak akan berani untuk terus memburukkan keadaan. Sebaliknya mereka mungkin cuba untuk menenangkan keadaan dan semua pihak,” katanya
Pemimpin kanan Umno termasuk dua naib presiden Ahmad Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussein telah menafikan khabar angin – yang juga menamakan lima tokoh lain yang pernah secara terbuka mendesak Najib agar meletakkan jawatan – yang muncul sejak minggu lalu.
Namun, Khairuddin menegaskan bahawa tiada seorang pun ahli majlis tertinggi Umno yang berani menentang Najib jika beliau memutuskan untuk membentang usul memecat mana-mana ahli parti.
“Inilah sikap kepimpinan tertinggi Umno. Mereka hanya mahu melindungi kedudukan dan poket masing-masing.
“Ahli Umno sepatutnya setia kepada parti dan bukannya individu,” katanya yang sering mengulang dakwaan Mahathir berhubung rasuah yang parah dalam Umno.
Khairuddin dibuang dari Umno pada Februari lalu selepas diisytiharkan muflis. Sejak daripada itu beliau telah membuat laporan polis di London, Hong Kong, Singapura dan Switzerland berhubung dakwaan salahlaku dalam 1MDB.
Beliau adalah di antara 50 penyokong yang menunggu ketibaan Dr Mahathir Mohamad dari Republic Czech Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah tadi.
Pada 3 September lalu, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata bahawa polis akan mengambil keterangan Mahathir berikutan satu laporan polis oleh seorang pemimpin Umno bahagian berhubung ucapannya di Bersih 4.
Beliau juga berkata yang Mahathir kini sedang disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas jenayah fitnah.
Namun, Mahathir memaklumkan yang beliau tidak menerima apa-apa notis rasmi dari polis berhubung siasatan tersebut.
MahathirMahathir
“tu adalah hak mereka (polis). Tahan saya sekiranya berani. Apa yang perlu diberi kerjasama,” katanya sebaik ketibaannya, dan menambah yang beliau hanya membaca berita pada 2 September lalu tentang siasatan itu.
Jika beliau menerima notis, katanya lagi: “Sudah tentu saya akan pergi. Jika polis memanggil anda untuk  siasatan, anda perlu pergi. Itulah cara kehidupan di Malaysia .”
Mahathir berkata lagi, dakwaan yang dibuat beliau ketika Bersih 4 bahawa pemimpin-pemimpin Bahagian Umno telah dirasuah Najib adalah benar.
““Itulah yang saya tahu. Saya tahu mereka akan merasuah. Jangan buat alasan. Jangan tipu,” katanya lagi.
Mahathir yang ditemani isteri Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut kira-kira 50 penyokong. Mereka malah menyanyikan lagu “We are ther world” dan mengubahnya menjadi “We are Malaysia, We are the rakyat.”
Dikenali ramai sentiasa berada di samping suaminya, Hasmah berkata tindakan polis ke atas Mahathir hanyalah hakikat kehidupan.
“Inilah politik, inilah cara kehidupan di Malaysia,” katanya ketika ditanya apakah perasaannya tentang tindakan yang mungkin diambil terhadap suaminya.
Pada masa ini, majlis tertinggi Umno sedang bermesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra. Dilaporkan bahawa Muhyiddin dan Shafie disambut sorakan lebih 200 penyokong yang berkumpul di lobi.- theantdaily.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger