Oleh M Faizal Norawi
Bekas Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang yang juga Adun Kuala Semantan,
Syed Hamid Syed Mohamed secara rasmi mengumumkan keluar dari Pas untuk
menyertai Parti Pekerja Malaysia selepas melihat hala tuju Pas semakin
bercelaru.
Syed Hamid 63, berkata, keputusan dibuat selepas merasakan
Pas kini bukan lagi sebuah parti yang kondusif dan eksklusif buat semua
peringkat masyarakat seperti yang berlaku pada muktamar Pas yang lalu.
Menurutnya, hala tuju politik Pas dilihat semakin bercelaru dan banyak
kenyataan dibuat seolah-olah tidak lagi mengutarakan kepentingan
pemerintah di peringkat nasional.
“Keadaan ini sudah tentu menyebabkan rakyat semakin keliru dengan objektif sebenar Pas untuk melaksanakan Islam secara syumul.
“Dengan mengambil kira kehendak rakyat yang mahukan perubahan politik
yang menyeluruh melalui PR, Pas pula semakin memencilkan diri telah
menyebabkan pelbagai isu kepentingan rakyat seperti GST, rasuah, 1MDB,
kejatuhan nilai ringgit dan lain-lain isu.
“Saya tidak sesekali
menentang apa jua dasar Islam yang dibawa oleh Pas tetapi keadaan
menuntut kepada ihtihad baru bagi meneruskan perjuangan Islam melalui
wadah yang baru,” katanya pada sidang media khas, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Parti Pekerja Malaysia negeri Pahang Dr Hamzah Jaafar.
Syed Hamid yang telah dua penggal menjawat jawatan sebagai Adun Kuala
Semantan berkata, walaupun keputusan itu amat sedih untuk dibuat, namun
bagi melihat amalan Islam yang lebih menyeluruh dapat dilaksanakan serta
berusaha menyatukan negara ini.
Beliau berkata, dari segi bai’ah
negeri Pahang yang dibuat semasa menjadi calon PRU lalu, beliau berkata
telah merujuk perkara berkenaan kepada ramai ulama termasuk anaknya
yang belajar di Yaman.
“Dari segi bai’ah tidak ada masalah, saya
telah rujuk dengan ramai ulama, dalam bai’ah negeri Pahang ada
menyatakan elaun yang diterima sebagai wakil rakyat menjadi haram kalau
keluar parti.
“Tetapi selepas rujuk perkara ini saya yakin
keputusan saya keluar betul, dari sudut fekah boleh bayar denda, saya
sedia bayar denda,” katanya.
Syed Hamid berkata, beliau sekarang
tidak memegang apa-apa jawatan lagi dalam Pas dan yang terakhir sebelum
mengisytiharkan keluar parti adalah ketua cawangan Pas Setia Jasa.
Menurutnya, keputusannya keluar parti juga tidak menjejaskan moralnya
kerana dia menyertai parti baharu yang juga pembangkang dan bukannya
menyertai Umno.
Beliau menyertai Pas ketika berusia 40 tahun dan
pernah menjadi ahli Umno selama lima tahun sebelum parit itu diharamkan
dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian
Lipis.
Keputusan keluar dari Pas menyaksikan beliau adalah Adun
Pas pertama keluar parti itu di Pahang. Pas Pahang menguasai Dun Tanjung
Lumpur, Beserah dan Kuala Semantan dalam pilihan raya umum yang lalu.
Home »
artikel
,
Berita
» Adun Kuala Semantan, Temerloh Yb Syed Hamid Syed Mohamad Sertai Parti Amanah Negara
Adun Kuala Semantan, Temerloh Yb Syed Hamid Syed Mohamad Sertai Parti Amanah Negara
Written By Wadah Baru on Rabu, 9 September 2015 | 11:29 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan