Oleh SANY HAMZAN
Secara asasnya Pemuda AMANAH menghormati hak semua pihak untuk
berhimpun sebagaimana yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan. Namun
begitu, Pemuda AMANAH mengingatkan agar himpunan Baju Merah yang bakal
diadakan nanti untuk tidak menimbulkan sebarang provokasi kaum atau
agama.
Sungguh menyedihkan apabila Hari Malaysia yang sepatutnya menjadi
simbol penyatuan semua rakyat diisi dengan kebencian dan kemarahan terhadap mana-mana kaum atau agama di negara ini.
Sentimen antara kaum yang semakin memuncak yang sekaligus telah
menggagalkan konsep 1Malaysia seharusnya diletakkan kesalahan sepenuhnya
ke atas UMNO memandangkan pendirian parti tersebut, melalui Naib
Presidennya yang seolah-olah merestui ahli-ahli UMNO untuk turut serta
dalam himpunan tersebut.
Umum mengetahui bahawa isu perkauman
sering menjadi senjata akhir untuk UMNO mengalih satu-satu isu besar.
Jika kali ini pun UMNO mahu menggunakan modus operandi yang sama, Pemuda
AMANAH memohon agar pihak PDRM mampu untuk bertindak profesional dan
berani untuk menghalang perhimpunan tersebut sungguhpun agensi tersebut
duduk di bawah Kementerian Dalam Negeri yang diketuai oleh Dato' Seri
Zahid Hamidi yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Malaysia
Home »
artikel
,
Penulis Tamu
» Umno perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesan buruk Himpunan Baju Merah
Umno perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesan buruk Himpunan Baju Merah
Written By Wadah Baru on Rabu, 9 September 2015 | 11:49 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan